Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sakit Belakang Kerana Anak Nak Berdukung 24 Jam?, Pakar Terapi Kongsi Cara Penjagaan Tulang Belakang Bagi Ibu Bapa Yang Tak Sempat Bersenam

26 Mac 2018
One Comment
                                                                 - Gambar Hiasan

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti merasai betapa azabnya sakit belakang akibat terlalu
kerap mendukung anak.

Sakit belakang ini sememangnya sering terjadi kepada individu yang sering mengangkat bebanan yang agak berat.

Bagi yang pernah atau sedang menghidapinya, jangan khuatir kerana terdapat kaedah dan tips yang dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi mengenai penjagaan tulang dan otot belakang yang mudah bagi mereka yang tidak ada masa untuk bersenam.

Mari ikuti perkongsian ini.



 SAKIT BELAKANG  

Sakit belakang (Low Back Pain) memang biasa terjadi bila jadi mak ayah, terutamanya jika anak yang asyik nak berdukung 24 jam. Walaupun saya seorang therapist yang memang tahu malah ada mengajar pesakit teknik-teknik menjaga tulang/otot belakang, semestinya tak terlepas juga menghadapi masalah ini.

Kajian menunjukkan masalah sakit belakang ini memang banyak terjadi terhadap pekerja yang bekerja dengan bayi dan kanak-kanak. Jangan terkejut jika saya kata, sakit belakang disebabkan kerja juga salah satu "occupational hazard" dan ya, occupational therapist juga ada berdepan dengan "occupational hazard" jenis ini

Maka, saya nak kongsikan tips penjagaan tulang/otot belakang yang paling mudah bagi mak ayah atau pekerja yang bekerja dengan kanak-kanak (macam saya) yang tak ada masa (atau malas) nak exercise.

Mudah sangat, hanya buat setiap kali sebelum tidur.

Caranya:




1. Letak bantal di bawah lutut.
Baring terlentang dengan letak bantal bawah lutut. Kalau tak suka tidur baring terlentang, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur dalam posisi ini untuk merehatkan tulang/otot belakang.

*Kalau dah biasa tidur mengiring, boleh tidur dengan letak bantal di celah lutut.

2. Letak kaki atas kerusi.
Posisi ini selalunya orang buat secara natural, letak kaki atas meja atau letak kaki dekat dinding. Kalau agak-agak belakang badan rasa "berdenyut" atau sakit, boleh terus lakukan posisi ini.

Jaga anak, jaga jugak. Tulang/otot belakang pun kena jaga jugak ya, jangan abaikan penjagaan tulang/otot belakang untuk kebaikan jangka masa panjang. Perkara ini kena selalu saling ingatkan antara pasangan.

Sebenarnya banyak sangat posisi atau exercise lain tapi 2 cara ini yang paling mudah boleh dibuat setiap hari sebelum tidur.

*Peringatan untuk diri sendiri juga

Sumber- Maryam Jamadi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "