Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasilkan Video Pendek Mengenai Cat Halal Pertama Di Malaysia, Juara Akan Memenangi Wang Tunai RM10,000

26 Mac 2018

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia, anda kini berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM10,000 dengan hanya menghasilkan video pendek, menarik dan spontan.

Cara untuk memenangi RM10,000 ini hanya perlu menghasilkan video pendek yang unik, menarik dan kreatif tidak melebihi 3 minit untuk memperkenalkan cat halal pertama di Malaysia iaitu cat berjenama Seamaster.

Syarat-syarat untuk video berkenaan perlu ada kandungan definisi halal. Gunakan kreativiti anda untuk menerangkan apakah manfaat Seamaster sebagai cat halal kepada orang ramai.

Halal dalam perspektif cat bermakna:
Tidak mengandungi unsur yang menyalahi undang-undang mengikut undang-undang islam
Menurut piawaian Sistem Jaminan Halal (HAS), adalah kawalan keselamatan yang menekankan kebersihan semasa proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan.
Halal sebagai label kualiti kepada pengguna memberikan jaminan kualiti dan keyakinan pengguna dalam cat Seamaster.

Rujuk video di bawah untuk keterangan yang lebih lanjut.



Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut
Juara - RM 10,000
Tempat Kedua - RM 1,000
Tempat ke-3 - RM 500
Hadiah konsol x 7 - RM 200
Komen Terbaik mengenai Video Menang - RM 1,000

Bagaimana cara menyertainya?

Langkah 1 LIKE laman Facebook Seamaster Paint Sdn Bhd Page (LINK) dan share page berkenaan di wall Facebook anda.

Langkah 2 Daftar inbox laman Facebook Seamaster Paint dan butir-butir peribadi anda seperti berikut.
Nama Penuh (seperti IC)
IC Nombor
Telefon Nombor
Email
Link Video anda upload

Langkah 3 muatnaik video pendek tidak melebihi 3 minit anda tentang Cat Halal  Seamaster di Malaysia ke laman Facebook anda (muatnaik video selewat-lewatnya 5 Mei 2018)

Langkah 4 bila upload video jangan lupa Tag page Seamaster Paint dan tiga orang rakan anda, biarkan video public boleh dilihat oleh orang ramai, komen terbaik di dalam video anda yang ditulis orang rakan berpeluang menjadi pemenang komen terbaik yang melayakkan rakan anda memenangi RM1000 secara tunai.

Langkah 5 Kongsi video anda itu ke mana-mana sahaja dan video yang mempunyai share dan like paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

* Tertakluk kepada terma dan syarat*


Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 April 2018 ini, video mesti dihantar sebelum 5 Mei 2018, pertandingan akan bermula pada 6 Mei hingga 20 Mei 2018 dan peringkat akhir akan bermula pada 20 Mei hingga 1 Jun 2018.

Pemenang akan diumum pada 3 Jun 2018 di mana kriteria pemarkahan adalah 50% dari View dan Like di video manakala 50% lagi pula adalah markah dari juri pihak Seamaster (kreativiti, menarik, kualiti video dan konten berkaitan).


** Seamaster Paint berhak untuk melakukan sebarang perubahan dan akan diumumkan di laman Facebook rasmi Seamaster Paint.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "