Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Asyik Minum Susu Saja, Tapi Tak Mahu Nak Makan, Ikuti Tips Ini Dalam Latih Anak Untuk Mula Makan ‘Real Foods’

22 Jun 2017
7 ulasan
Foto: babycentre

Ada di antara anak-anak yang selalu sahaja meminta-minta untuk mengunyah sesuatu, yang mana sedikit sebanyak beri kelegaan buat ibu bapa kerana anak masih lagi mahu makan, dan tidak begitu memilih.

Namun begitu, ada segelintir kanak-kanak yang sukar untuk makan, walaupun sudah dipujuk beberapa kali, dipuji, mahu pun ingin belikan mainan sekiranya mereka makan.

Sebagai ibu bapa sudah pasti ingin berikan yang terbaik buat mereka, lagi-lagi dalam bab pemakanan, kerana tidak mahu mereka berlapar dan sakit kelak.

Tapi kalau dah berada dalam situasi ini, apa yang hendak dilakukan?

Foto: shutterstock
ANAK TAK LALU MAKAN?

Anak banyak minum susu dan tak lalu makan.

Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat.

Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri .

Di samping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya.

Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.

Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.

1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.

2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah.

3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.

4. Anak ada masalah penghazaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.

Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman.

Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein.

Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.

"Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk."

Oklah wahai ibu-bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia.

Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.

Foto: babychakra

Manfaat gantikan susu kepada 'real foods' memang banyak 

1. Anak berselera nak makan

2. Peningkatan sistem immune dan anak akan jarang sakit.

3. Perkembangan emosi dan motor yang baik .

4. Kesihatan usus yang optima

5.
Jimat belanja

Saya bukan suruh hentikan pengambilan susu. Saya suruh hadkan supaya anak lebih banyak makan real foods .

Bila anak tidak sihat dan tak lalu makan pada masa-masa tertentu mungkin dia akan minta susu. Pada masa begini eloklah berikan susu.

Kenapa saya suruh pilih susu segar? Susu segar tidak ditambah sebarang kimia, perasa atau pewarna serta gula.

Anak lebih setahun sudah boleh diberikan susu segar. Kurang dari setahun dia boleh diberikan susu ibu dan susu formula.

Foto: urbanpost

Ada yang memberi comment bahawa bila saya suruh anak makan makanan seperti orang dewasa, anak akan mengambil makanan masin dan bergula di mana makanan ini tidak baik untuk kesihatan anak.

Saranan ini adalah untuk anak yang lebih dari dua tahun tetapi saya perhatikan anak di bawah dua tahun pun tak suka makanan yang tidak ada rasa dan telah dilembutkan menjadi puree atau bubur.

Ada anak-anak lebih suka nasi, mee dan meehon dari bubur dan puree. Selagi makanan itu sihat dan tidak berkimia berikanlah.

Tentang makanan anak tidak boleh diletak garam, Betul kah begitu ?

Garam adalah keperluan badan dan disebabkan garam memang keperluan, kita tidak suka pada makanan yang kurang garam. 

Yang perlu dijaga adalah garam berlebih dan garam 'table salt' yang tidak mengandungi garam asli sebab telah di " bersihkan" ie refined dan telah ditambahkan bahan kimia untuk tidak bergumpal dan senang dituang.

Pilih garam laut asli atau garam bukit. Ini ada mineral selain sodium chloride. Walaupun begitu tak perlulah tambah kicap atau letak banyak garam untuk anak bawah setahun. Biasakan dia makan dan minum yang kurang masin dan ada manis asli,

Foto: babycentre

Kreatif dalam membuat makanan

Sudah ikut segalanya, kurangkan susu formula, jajan dan processed foods, buat menu sihat dan sedap, layan anak dengan baik, jaga emosi dia tanpa marah-marah dan sudah pujuk sebaiknya.

Masih juga tak lalu makan?

Anak yang masih tidak lalu makan?

Cuba semak semasa anak di rumah pengasuh dan taska, apa amalan di sana?

Perhatikan najis anak, adakah optima dari segi bau dan texturenya, keras lembutnya. Jika bau terlalu kuat atau masam, terlalu keras atau lembut, ini bererti microbiota ususnya tidak optima.

Betulkan dengan memberi supplement prebiotik dan probiotik, betulkan yang ini dahulu.

Anak yang tak lalu makan akan kekurangan zat penting dan ini boleh di atasi dengan memberi supplements. Guna supplement di perbuat dari natural foods. Contoh adalah Gam Arab, Boabab, Serbuk Moringa.

Selain ini ada produk seperti Vitastrath yang mudah diberikan dalam bentuk titis dan mengandungi 65 nutrisi penting untuk badan.

Langkah supplement ini adalah untuk memberikan pada badan apa yang diperlukan untuk repair balik usus yang mungkin sudah terjejas menyebabkan selera makan kurang.

Jika anak suka sup, buatkan sup sayur dan sup tulang. Walaupun anak cuma ambil supnya saja, ini pun sudah ada banyak vitamin zat galian dan asid amino yang diperlukan.

Jika anak suka aiskrim, buatkan aiskrim sihat. Saya akan masukan gam arab, Baobab, minyak kelapa, santan, dan buah-buahan yang telah blender kan. Untuk jadikan manis saya letak gula melaka yang tulen atau madu tulen.

Bagi anak yang suka gula saya buatkan gula-gula sihat. Gam arab dan Baobab campur madu, minyak kelapa dan sedikit air. Masukkan juga sunflower seeds, almonds atau pumpkin seeds yang sudah dikisar. Adunan ini bila dibuat pekat boleh dijadikan bulat-bulat seperti guli dan disimpan dalam peti sejuk,

Sumber: Dr Suriyakathun

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  4. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di f@ns*p0ker || add pin bb 55F97BD0 :* :* ;)

    BalasPadam
  5. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  6. Dewalotto agen judi terpercaya no 1 Asia ayo daftarkan diri anda di dewalotto^info

    BalasPadam
  7. www.arenadomino.com
    Live Casino Bandar QQ Poker
    Langsung Aja Di Join:)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "