Page 'Siapa Paling Cantik dan Kacak' Semakin Berlambak Di Laman Sosial
Nampaknya generasi muda pada hari ini berlumba-lumba mahu jadi lebih cantik dan lebih kacak, berbanding mahu menjadi siapa yang lebih pandai dan bijak mengambil tahu isu-isu semasa negara.
Hakikatnya, situasi generasi muda mungkin lima atau sepuluh tahun dahulu amat berbeza dengan apa yang ada pada hari ini.
Jika diperhatikan, terlalu banyak page diwujudkan di laman-laman sosial, terutamanya Facebook dan Instagram yang seolah-olah mempromosikan kecantikan luaran semata-mata berbanding kecantikan dalaman.
Dapat dilihat ia banyak terjadi di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.
Kebimbangan ini turut dikongsi oleh seorang individu, Aiman Nazirmuddin di laman Facebooknya.
Mungkin benar zaman sudah berubah, namun apa yang penting kini adalah generasi muda perlu diisi dengan ilmu yang mencukupi bagi mendepani cabaran ekonomi, pendidikan dan sosial yang akan datang. -Siakapkeli.my