Ibu, emak, ummi, mama. Itu adalah beberapa nama panggilan yang digunakan anak-ank di seluruh Malaysia bagi membahasa ibu-ibu mereka.
Mengulas perkara ini, seorang peminat Fynn Jamal telah mengeluarkan satu kenyataan yang memeranjatkan para netizens.
Peminat Fynn Jamal itu mengatakan nama "Mama" secara saintifiknya adalah sejenis ibu bintang. Lebih mengeruhkan keadaan, kenyataan itu dibuat di satu posting Instagram Fynn Jamal yang menceritakan kisahnya dengan "Mama", iaitu mak mertuanya.
Peminat Fynn Jamal itu juga turut menyatakan sumber kenyataaan itu adalah dari satu majlis ilmu yang dihadiri olehnya.
Apa yang menarik perhatian adalah, peminat Fynn Jamal ini mengatakan dia baru menghadiri majlis ilmu terbabit. Dan jika benar apa yang dikatakannya, mohon ada pihak yang memberi pencerahan.
Jika majlis ilmu itu salah, sepatutnya ia di bendung kerana mengeluarkan fakta tidak berasas, jika majlis ilmu itu benar, patutnya perkara ini perlu diketahui umum. - Siakapkeli.my