Rupa paras dan bentuk tubuh badan sangat memainkan peranan penting bagi segelintir orang yang ingin memilih pasangan hidup meskipun penampilan tidak seharusnya menjadi pengukur kepada sesebuah hubungan.
Telah menjadi lumrah dimana manusia gemar untuk melihat sesuatu yang cantik dan indah. Memiliki rupa paras dan bentuk badan yang cantik juga menjadi impian semua orang.
Bagaimanapun, berubah menjadi cantik tidak sukar untuk dilakukan terutamanya apabila kita memiliki tekad yang kuat seperti pengalaman yang dikongsi gadis ini dimana dia nekad untuk berubah selepas ditinggalkan bekas kekasihnya kerana memandang rupa dan bentuk badan.
Ikuti perkongsian pengalaman yang dikongsi dari laman twitter Raden Zaharatul ini dan semoga menjadi pengajaran dan pembakar semangat anda,
Sumber- Raden Zaharatul