Bagi sesetengah kanak-kanak yang telah didiagnos dengan autism atau gangguan spektrum autistik secara dramatik boleh di bendung jika tidak didedahkan kepada sebarang skrin elektronik.
Kajian kes klinikal baru-baru ini mendapati bahawa kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa pada skrin TV, permainan video, tablet dan komputer berpotensi mengalami autism. Namun, jika peranti ini di ambil dan di sorokkan daripada mereka, dalam beberapa bulan, sindrom ini akan hilang. Fenomena ini digelar sebagai 'virtual autism' atau autism yang terjadi disebabkan oleh skrin elektronik.
Perkongsian daripada Farhanah Fuad menceritakan pengalaman beliau sendiri berdepan dengan anaknya yang hampir mendapat virtual autism kerana terlalu didedahkan dengan skrin elektronik seawal usia 3 bulan. Perkongsian ini wajar dijadikan rujukan kepada ibu bapa lain untuk lebih prihatin dengan fungsi gajet kepada anak-anak yang boleh mendorong kepada sindrom seperti ini.
Mari ikut cerita Puan Farhanah semoga bermanfaat buat kita semua.
Alhamdulillah kami berjaya kurangkan "Screen Time" anak kami Firzanah dan berjaya mengelakkan Firzanah mendapat Virtual Autism.
(Penulisan panjang)
Kami suami isteri bersalah terhadap Firzanah kerana kami mendedahkan video kepada Firzanah seawal 3 bulan. Syukur Allah beri peluang tebus kesalahan kami.
Inna haza larizquna maa lahu minnafad.
Ibu saudara berikan Firzanah banyak mainan second-hand. Ada juga yang baru. Allah juga izinkan kami untuk kerap belikan mainan untuk Firzanah walaupun harganya RM5-RM10. Setahun sekali belikan mainan harga lebih RM50.
Kini Firzanah dan mainan tidak dapat dipisahkan. Alhamdulillah. Sejak bergelumang dengan mainan, screen time Firzanah dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Dan dengan izin Allah Firzanah tidak sempat mendapat "Virtual Autism"
Dengan mainan yang pelbagai, Firzanah lama-kelamaan tidak lagi berminat menghadap gajet untuk masa yang lama dan beliau lebih berminat menghabiskan masa memanipulasi barang-barang permainan sambil "role playing" sebagai doktor,tukang masak, waiter,ibu.
Syukur sangat-sangat emak dan bapak berjaya kurangkan "Screen Time" Firzanah seawal mungkin dan syukur sangat kebolehanan bercakap dan interaksi sosial Firzanah tidak terganggu.
Bahaya Screen Time yang berlebihan:
Boleh menyebabkan "Virtual Autism" dimana kanak-kanak dilahirkan normal tetapi
- lambat kebolehan bercakap
- tidak minat bergaul,
- mudah mengamuk
- tiada toleransi
- tidak minat bermain mainan
- ketagih menghadap gajet.
Kajian Pakar Sakit Jiwa di Romania mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa 4 jam atau lebih dengan gajet sejak awal usia berisiko mendapat Autism Spectrum Disease(ASD).
Tetapi kajian pakar di Romania juga menunjukkan Virtual Autism ini boleh di"reverse".
Paksa dan galakkan kanak-kanak bermain dan bergaul serta hentikan kebergantungan terhadap gajet. Mudah bukan!!
Kenali anak anda, sayangi anak anda, jangan ambil langkah mudah.
All the best to all of us dear Parents!
Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari ancaman teknologi.
Siakapkeli.my