Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bau Busuk Dari Dalam Almari, 2 Lelaki Warga Nepal Jumpa Mayat Seorang Wanita Yang Dipercayai Dibunuh Teman Lelaki

14 Mac 2018

14 Mac - Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia, malam tadi, lapor Awani

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemui disumbat di dalam sebuah almari berkunci oleh dua lelaki warga Nepal yang menghuni rumah terbabit selepas curiga dengan keadaan bau busuk berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Santi Restauli Simbolon dan bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

Katanya, polis terpaksa memecahkan pintu bilik yang dikunci selain memecahkan mangga almari sebelum menemui mayat itu.

Menurut Anuar, mangsa merupakan teman wanita kepada salah seorang penghuni rumah tersebut – juga warga Nepal yang dikenai sebagai Sandip Gurung – dan pernah beberapa kali datang ke rumah itu.

Bagaimanapun, suspek berusia 27 tahun itu telah menghilangkan diri. Menurut rakan serumahnya, kali terakhir suspek dilihat di rumah itu adalah pada Sabtu lalu. Pihak polis kini sedang menjejakinya.

Anuar berkata, motif kejadian dipercayai akibat cemburu, manakala siasatan awal ke atas mayat mangsa tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan di bahagian luar tubuh mangsa.

Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "