Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disangka Kudis, Ibu Kongsi Pengalaman Anak Pertama Kali Diserang Kutu Babi Yang Durjana

14 Mac 2018
Antara masalah gigitan yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak adalah serangan kutu babi.  Dalam bahasa Inggeris, kutu babi ini di gelar sebagai Tick.  Ia berada dalam keluarga Ixodidae bagi kutu babi yang berkulit keras, atau dalau keluarga Argasidae, bagi kutu babi berkulit lembut.

Habitat kutu babi ini adalah dikawasan yang mempunyai tahap lembap yang tinggi.  Jika cuaca terlalu panas dan kering, mereka tidak dapat membiak dengan baik.  Keperluan hidup kutu babi adalah daripada induk yang biasanya kutu babi suka tumpang seperti pada binatang mamalia ataupun burung.

Oleh itu jika hanya anak-anak kampung saja yang biasanya menghadapi masalah kutu babi atau cengkenit ini, adalah perkara biasa. Kerana biasanya dikampunglah terkumpulnya tiga faktor utama yang menyeronokkan kutu babi membiak, iaitu, lembab, suhu sederhana dan banyak binatang untuk ditumpang dan dihisap darahnya.



Bukan saja gemar menghisap darah binatang seperti lembu, kucing, dan binatang lain, mereka juga sangat suka menghisap darah manusia.  Kutu babi biasanya akan merayap disekitar kawasan badan dan mencari kawasan yang berkulit nipis untuk memudahkannya membelah kulit dan menghulurkan muncung untuk menghisap darah. 

Perkongsian Zara Ryzal, seorang ibu kepada kanak-kanak yang dijangkiti kutu babi menceritakan pengalamannya yang berhadapan dengan kutu babi yang mendiami dikawasan bulu mata anaknya.  Kesan yang disangka kudis itu rupaya adalah kutu babi yang sudah kenyang menghisap darah.  Ikuti perkongsiannya semoga ibu bapa selepas ini lebih prihatin terhadap perubahan yang dialami oleh anak-anak.  Takut terjadi apa-apa yang tidak dijangka, kerana kutu babi ini asalnya ditempat yang kotor.  

Kesian anak mama. pertama kali mama tahu tetang kutu babi ni..

Baiklah sy cerita dari awal.

Hari Pertama 
Ijah kata sakit bawah mata.masa tu bila sy belek2 mata dia.hanya nmpk.bkas luka mcm kudis.jadi..sy biarkan dgan niat biar ia kring.



Hari Kedua
Selepas mandi saya check mata dia masih nmpk sperti kudis.sy cuma lap pakai towel.tapi masih sama.

Hari Ketiga
10/3 dia bgun tjuk sy.sy terkejut boleh jadi Besar mcmtu. sy pon htr gmbr pd rakan2 dan bertanya.rakan bgtau sy yang itu KUTU BABI
sy terus google.dan cari penyelesaian.mmg btul itu kutu babi.ayah n mak sy bantu pgang Princess Ijah. Dengan niat nak cabut.tapi kuasa allah dia tertanggal sendiri.
Ilmu yang baru untuk sy harini..



Ijah memang love ngn kucing.dia mmg suka plok.kutu ni hisap darah..jadi kata mana2 haiwan pon dia boleh lekat.bukan stakat anjing.

"SAYA TAK SALAH KAN KUCING TAPI MEMANG SERANGGA NI BANYAK KAT HAIWAN SAYA DAH RESEARCH GOOGLE.  ANAK SAYA MEMANG SUKA DENGAN KUCING.. KUCING JALANAN PON DIA SAYANG.. TAPI KITA CEGAH SEBELUM TERKENA.SY CUMA SHARE ILMU YANG SAYA DAPAT HARINI.

Sy tak kisah orang kata apa. Belom kena ditempat mereka...lagi kan mcm anak sy..kna dkat bulu mata..ingat nampak??

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "