Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Tahun Tunggu, Masih Tak Tahu Punca Kematian Anak, Bapa Rayu Menteri Kesihatan Campur Tangan

14 Mac 2018

14 Mac - Seorang bapa yang kematian anak lelakinya di sebuah hospital swasta dua tahun lepas merayu agar pihak berkaitan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam agar campur tangan bagi merungkai punca sebenar kematian anaknya.

Memetik laporan Awani, Mohd Nazri Mohamad Yusof, 40, berkata tiada pihak yang tampil untuk membantu menyelesaikan perkara itu dan menyebabkan beliau gagal mendapatkan surat kematian anaknya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Dalam tempoh dua tahun sejak kematian Wan Naufal Afeef, pihak saya telah membuat aduan termasuk menghantar surat kepada pelbagai agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi membantu saya mencari jawapan punca kematian anak saya.

"Namun sehingga hari ini semua pihak berdiam diri... surat yang dihantar juga tidak mendapat sebarang respons dan disebabkan itu saya juga tidak boleh mendapatkan surat perakuan kematian anak bongsu saya itu daripada pihak JPN,"
katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Wan Naufal Afeef dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam pada 9 Julai 2016 kerana demam dan meninggal dunia enam hari kemudian dengan sebab kematian dinyatakan sebagai 'tidak diketahui'.


Apa yang menyedihkan lagi, laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 15 Julai 2016, turut menunjukkan punca kematian Wan Naufal sebagai tidak dapat dipastikan.

"Setiap perkara yang berlaku mesti ada penerangan dan setiap kematian pasti ada penyebabnya. Bantulah kami untuk merungkai persoalan punca kematian Wan Naufal Afeef yang sehingga hari ini membuatkan kami tertanya-tanya.

"Sudah dua tahun kami berusaha dan memohon bantuan semua pihak namun sehingga hari ini ia masih menjadi persoalan yang tidak terjawab,"
tambahnya.

Menurut penguasa marin itu, mereka sekeluarga hanya mahu mengetahui punca kematian Wan Naufal Afeef kerana sepanjang hayatnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pernah mempunyai masalah kesihatan lain.

Sementara itu, isteri Mohd Nazri, Sharifah Nailul Muna Syed Mohamed Kamil, 39, mendakwa Wan Naufal Afeef disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital tersebut memberi anaknya ubat antibiotik melalui titisan intravena.

Susulan itu, Sharifah Nailul Muna berkata beliau dan suami kini sedang menunggu inkuiri yang akan dijalankan MMC pada 5 April depan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil bagi menuntut keadilan ke atas kematian anaknya itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "