Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Usain Bolt Umumkan Dia Secara Rasmi Telah Sah Dan Diikat Sebagai Pemain Bola Sepak Sebuah Kelab

28 Feb 2018

28 Feb - Manusia terpantas dunia, Usain Bolt dilaporkan menyertai kelab bola sepak yang beraksi di Liga Perdana Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns.

Bolt yang mengumumkan pesaraan dalam karier beliau sebagai pelari pecut selepas tamat Kejohanan Dunia 2017 di London sering menyatakan minatnya dalam bola sepak dan bulan lalu mendedahkan bahawa dia bakal menyertai perlawanan ujian bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Selain itu, atlet kelahiran Jamaica berusia 31 tahun tersebut juga berulang kali menyatakan minatnya dalam sukan bola sepak dan hampir menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United selain menawarkan perkhidmatnanya kepada kelab Futbol Miami milik lagenda England, David Beckham yang kini bersaing di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).


Bolt mengumumkan kenyataan tersebut melalui laman Twitter miliknya semalam mengenai perkembangan untuk terus mengembangkan kariernya dalam sukan bola sepak tidak lama lagi.

“Saya telah menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan bola sepak. Saya akan mengumumkan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat ini,” tulis pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu.

Mengenai kemerosotan prestasi­nya pada Kejuaraan Dunia, Ogos lalu apabila hanya mampu meraih pingat gangsa pada acara 100 meter, raja pecut dunia itu mengakui dia kini sedang memberi tumpuan kepada sukan bola sepak.

“Bola sepak kini menjadi tum­puan dan saya kini sedang berusaha untuk kekal cergas. Saya sudah pulih daripada masalah hamstring dan pakar perubatan memberi kebenaran kepada saya untuk menjalani latihan semula,” kata­nya.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "