28 Feb - Manusia terpantas dunia, Usain Bolt dilaporkan menyertai kelab bola sepak yang beraksi di Liga Perdana Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns.
Bolt yang mengumumkan pesaraan dalam karier beliau sebagai pelari pecut selepas tamat Kejohanan Dunia 2017 di London sering menyatakan minatnya dalam bola sepak dan bulan lalu mendedahkan bahawa dia bakal menyertai perlawanan ujian bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.
Selain itu, atlet kelahiran Jamaica berusia 31 tahun tersebut juga berulang kali menyatakan minatnya dalam sukan bola sepak dan hampir menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United selain menawarkan perkhidmatnanya kepada kelab Futbol Miami milik lagenda England, David Beckham yang kini bersaing di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).
Bolt mengumumkan kenyataan tersebut melalui laman Twitter miliknya semalam mengenai perkembangan untuk terus mengembangkan kariernya dalam sukan bola sepak tidak lama lagi.
“Saya telah menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan bola sepak. Saya akan mengumumkan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat ini,” tulis pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu.
Mengenai kemerosotan prestasinya pada Kejuaraan Dunia, Ogos lalu apabila hanya mampu meraih pingat gangsa pada acara 100 meter, raja pecut dunia itu mengakui dia kini sedang memberi tumpuan kepada sukan bola sepak.
“Bola sepak kini menjadi tumpuan dan saya kini sedang berusaha untuk kekal cergas. Saya sudah pulih daripada masalah hamstring dan pakar perubatan memberi kebenaran kepada saya untuk menjalani latihan semula,” katanya.

Siakapkeli.myI've signed for a football team! Find out which one this Tuesday at 8am GMT 👀 pic.twitter.com/iFTlWxfy7x— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) February 25, 2018
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4
BalasPadam