Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kumpulan Pemburu Makhluk Asing Dakwa Temui Garisan Misteri Sepanjang 20,921km Melintasi Bumi

28 Feb 2018

28 Feb - Baru-baru ini sekumpulan pemburu makhluk asing telah mengesan satu garisan gergasi lurus sepanjang 20,921 kilometer di atmosfera Bumi sewaktu menggunakan aplikasi Google Earth.

Garisan itu seolah-olah kesan penerbangan sebuah kapal tebang tetapi ia lebih panjang dengan menghubungkan kawasan Antartika dan Kutub Utara.

Video itu telah dimuat naik ke akaun YouTube, SecureTeam 10 yang mendakwa kejadian itu bukan satu yang direka oleh sebuah kapal terbang.

“Peta ini dan pada jarak ini hanya memberikan kami imej formasi awan gergasi dan cuaca di sekeliling Bumi. Apa yang membentuk formasi awan ini sudah semestinya bersaiz besar.

“Ia juga perlu memiliki keupayaan untuk bergerak dari Antartika ke Kutub Utara tanpa henti serta tidak mengubah haluan.

“Ia perlu dilakukan dengan kadar pantas untuk menghasilkan garisan awan sempurna seperti melintasi Bumi dalam beberapa minit,” 
kata kumpulan itu.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "