Demi Mengurangkan Pembalakan Yang Teruk, Lebih 30 Aktivis Mexico Berkahwin Dengan Pokok
Demi menyelamatkan alam semulajadi, sekumpulan aktivis yang kebanyakannya disertai oleh wanita memilih untuk mengahwini pokok-pokok pilihan mereka di San Jacinto, Amilpas, wilayah Oaxaca, Ahad lalu.
Upacara perkahwinan tersebut dipercayai berlangsung sebagai simbolik memupuk kesedaran khalayak ke atas isu pembalakan haram yang semakin membimbangkan di wilayah berkenaan.
Wilayah Oaxaca dipercayai sebagai salah satu dari lima negeri yang mempunyai masalah pembalakan teruk kerana dikawal oleh golongan penjenayah.
Oleh itu, upacara perkahwinan yang dibuat mengikut mazhab Katolik ini dilangsungkan dengan harapan membolehkan masyarakat sedar akan kepentingan menjaga alam semulajadi.
Dalam upacara perkahwinan itu juga, kesemua wanita terbabit turut diminta menanam 16 jenis anak pokok lain.
Sumber- Metro UK
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4
BalasPadam