Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kerana Tiada Kereta Tolak Pesawat, Terpaksa Tolak Beramai-Ramai Kapal Terbang Yang Rosak Ke Tempat Parkir

9 Feb 2018

9 Feb - Baru-baru ini. di Indonesia berlaku satu kejadian yang tidak pernah terlintas di fikiran, apabila pesawat komersil Garuda Indonesia mengalami kerosakan di landasan dan terpaksa ditolak secara manual kira-kira 20 orang disitu, lapor Detik News

Gaambar itu pada mulanya tersebar selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia, Abdul yang kebetulan berada di lapangan terbang itu ketika kejadian.

Gambar itu telah disahkan kesahihannya oleh Pengurus Kanan Perhubungan Awam Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan. Namun, beliau menafikan bahawa pesawat itu terpaksa ditolak secara manual kerana berlaku kerosakkan.


"Kejadian berlaku hari ini di Lapangan Terbang Tambolaka (Barat Daya Sumba, Nusa Tenggara Timur)," kata Ikhsan

"Selepas pesawat mendarat, ia sepatutnya terus ke arah apron, tempat parkir pesawat. Pesawat itu tersasar sedikit," tambahnya lagi.

Menurut Ikhsan, pada masa kejadian lapangan terbang tersebut tidak dilengkapi dengan kelengkapan menolak pesawat.


"Sebab tidak ada 'pushback car', iaitu kereta tolak pesawat. Sebab itulah ia ditolak oleh juruteknik dan pekerja lapangan terbang," kata Ikhsan.

Pesawat itu akhirnya berjaya sampai ke apron tanpa sebarang insiden tak diingini. Pesawat Garuda itu terbang ke Tambolaka dari Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, menggunakan pesawat Bombardier CRJ1000. CRJ1000 mempunyai berat pendaratan maksima sebanyak 40.75 tan.


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "