Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Persediaan Sambut Si Kecil Anda, Tutorial Bagaimana Jahit Sendiri Barut/Bedung Bayi

9 Feb 2018

Barut bayi digunakan untuk mengurangkan masalah kembung perut terutama kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan.  Pemakaian barut ini telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi dengan sapuan minyak 'telon' dan diikat mengikut keselesaan bayi tersebut.

Namun kini, barut bayi telah dipelbagaikan dengan rekaan lebih moden dan corak berwarna-warni.  Kualiti dan kekemasan barut itu penting kerana barut digunakan secara kerap dalam kegunaan seharian bayi.  Barut kini boleh dimodifikasi mengikut kehendak ibu tersebut.  Ada yang lebih gemar jika barut itu lebih lebar, ada juga yang selesa jika barut itu sedikit kecil atau padan dengan saiz bayi mereka.

Disini kami kongsikan tutorial mudah menjahit barut daripada Fatimah Jaidin sesuai untuk bakal-bakal ibu yang menunggu kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.  Anda boleh menggunakan fabrik dan memilih pelbagai corak yang sesuai untuk si kecil anda.

LANGKAH 1
Buat pola ikut ukuran atas ni. saya ambik ukuran ni dari FB jugak tapi tak igat dari sapa (saya dah mintak izin) tq ye.  Buat pola tau supaya masa kita potong tu cantik je



LANGKAH 2
Letakkan pola yang kita buat tadi tu atas kain yang kita nak lepastu gunting. Pola saya tu dah termasuk basi ye, saya buat basi 1/4'' (ikut suka nak letak basi berapa tak nak letak pon tak apa).


LANGKAH 3
Guna pola yang sama jugak tapi kita guna kain putih (tak ingat nama kain). Pastikan kain putih ni tak panas tau sebab sesuai untuk digunakan pada kulit baby.


HASIL LANGKAH 1 - 3


LANGKAH 4
Step ni sila pergi ke mesin jahit masing2 ye.  Letakkan kedudukan kain macam dalam gambar. Yang kat luar jadi kat dalam dan jahit keliling tapi jangan jahit habis ye tinggalkan sikit dalam 4'' - 5'' untuk kita terbalikkan nanti.


Nampak tak saya tinggalkan sikit dalam 4''. Saya ambik bahagian tepi ye sebab senang hihi. Part ni ikut la korang nak ambik bahagian mana janji jangan jahit semua. igat ye tinggalkan dalam 4'' - 5''.


LANGKAH 5
Lepas jahit tu terbalikkan kain ye ikut bahagian yang tak jahit ( yang kita tinggalkan dalam 4''-5'' tu). Bila dah terbalikkan jahit keliling ye 'tindih kasih'. Sebelum kita jahit pastikan yang bahagian bucu tu betul-betul tajam ye.


Ni hasilnya bila kita dah tindih kasih.


LANGKAH 6
Sekarang ni kita nak marking untuk letak tali pulak.  Barut yang dah siap tadi kita lipat 2. Dari kiri ke kanan 2'' lepas tu mark kan ikut ukuran yang saya tunjuk guna pensil tu.



Ambil tali barut dan ukur sepanjang 14'' - 15'' buat 6 pcs ye. 



LANGKAH 7
Last sekali kita jahit tali tu jangan jait sampai habis tali pulak cukup jahit dalam 2''. Habiskan jait tali tu ye. Untuk jahit tali ni ikut kekemasan masing2. Kalau saya bahagian hujung tu saya lipat bagi kemas.


TADAAAA... ni la hasilnye.

SELAMAT MENCUBA

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Klau saya guna cotton fabric yg mcm buat bntal bby tu boleh x. Sesuai x? Mnx pndapt sis. Tq

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "