Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Abang Ni Peniaga Jujur Dik," Pengasas Produk Lemonex Tampil Beri Penjelasan

8 Feb 2018

8 Feb - Baru-baru ini timbul isu sebuah produk kuruskan badan yang semakin berkembang di pasaran yang dikatakan mengamdungi bahan terlarang dan tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM).

Produk yang dimaksudkan adalam Lemonex. Mesti anda sendiri pernah melihat iklan Lemonex ini di media sosial ataupun papan iklan di tepi lebuh raya kan?

Ya, produk ini sedikit demi sedikit sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang menjanjikan penurunan berat badan kepada sesiapa yang mengalami masalah obesiti.

Pelbagai kecaman, spekulasi dan cerita kurang enak yang dilemparkan terhadap produk ini. Namun, pemilik syarikat Bot Holding Berhad, Syukor Majid iaitu syarikat pengeluar produk kontroversi ini tampil untuk menjawab segala isu yang berbangkit.


Beliau menjelaskan perkara yang sebenar melalui akaun Facebook beliau beserta beberapa bukti bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya ini sah untuk dijual di pasaran dengan selamat.

Menurut Syukor, dia mendakwa di dalam botol Lemonex yang asli, tiada kandungan Sibutramine yang seperti di perkatakan oleh sesetengah pihak. Semua maklum bahawa, banyak negara termasuk Malaysia telah mewartakan Sibutramine sebagai salah satu bahan terlarang.

"Kami separuh mati hidupkan Lemonex, habis berjuta duit, diorang suka-suka hati ambik kesempatan ke atas insan lemah seperti abang ni," kata Syukor lagi.


"Masalah Lemonex cuma ada phamplet testimoni dan claim di dalam botol. Bukan sebab ada sibutramine. Sekarang dah tiada lagi phamplet dalam botol. Tiada lagi isu. KKM benarkan berniaga macam biasa."

"Lemonex dikelaskan sebagai makanan dan tak perlu berdaftar dengan NPRA. Sebab tu takde MAL dan tiada dalam senarai Quest3," katanya.

Berikut adalah penjelasan penuh oleh Syukor Majid, pemilik syarikat Bot Holding Berhad yang juga orang yang bertanggungjawab memasarkan Lemonex ke seluruh Malaysia. Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan yang sedang keruh.

Abang ni peniaga jujur dik.

Yang tak jujur tu orang yang buat produk tiruan, yang menjual produk tiruan dan yang membeli produk tiruan. Merosakkan nama produk. Merosakkan nama BOT Holdings Berhad. Merosakkan nama abang. Merosakkan pasaran.

Ingat tau, Lemonex Original ni tiada kandungan terlarang seperti Sibutramine dan segala mak nenek bahan merbahaya.

Lemonex selamat digunakan. Kalau tak selamat takdelah kilang abang dapat approval buat produk ni. Kilang abang ni berlesen. Bukan buat belakang rumah. Lengkap dengan GMP, HACCP, MESTI, ISO:22000. 





Yang tak selamat tu Lemonex tiruan. Yang murah-murah tu. Yang membeli pun, pergi cari yang murah. Dapat yang tiruan, padan muka.

Abang sedang bekerjasama dengan KKM dan juga KPDNKK untuk membanteras produk-produk tiruan yang membahayakan kesihatan orang ramai.

Kami separuh mati hidupkan Lemonex, habis berjuta duit, diorang suka-suka hati ambik kesempatan ke atas insan lemah seperti abang ni. Korang tunggu lah pihak berwajib datang serang. Baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.




Masalah Lemonex cuma ada phamplet testimoni dan claim di dalam botol. Bukan sebab ada sibutramine. Sekarang dah tiada lagi phamplet dalam botol. Tiada lagi isu. KKM benarkan berniaga macam biasa.

Lemonex dikelaskan sebagai makanan dan tak perlu berdaftar dengan NPRA. Sebab tu takde MAL dan tiada dalam senarai Quest3.

Dah 10 tahun abang dalam industri. Abang bukan meniaga produk timbang kilo dik. Kilang abang berstatus GMP, HACCP, MESTI dan ISO:22000. Abang akan adakan press conference dalam masa terdekat untuk menjernihkan keadaan. Hati-hati sebarkan fitnah. Nanti makan diri. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "