Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Resepi Mudah Membuat Popia Pisang Coklat Paling Sedap Dan Rangup

9 Feb 2018
One Comment

Popia boleh dikatakan merupakan makanan bergoreng yang menajdi  kegemaran ramai rakyat malaysia.

Popia disediakan dalam pelbagai cara seperti mentah, digoreng, disira dan juga datang dalam bentuk mini.

Meskipun kuih ini tampak mudah untuk dibuat atau dibeli sahaja di luar, tetapi sekiranya tak dibuat dengan betul, popia boleh menjadi lembik dan tidak rangup.

Jika sebelum ini kita sering makan popia goreng, basah, sira dan keju, kali ini Puan Solehah Yusoff di laman facebooknya berkongsi resepi baru iaitu popia pisang coklat yang rangup dan sedap.

Mari kita ikuti perkongsian resepi baru ini.

POPIA PISANG COKLAT PALING SEDAP, RANGUP DAN MUDAH DI ALAM SEMESTAR


Fuhhh! Baru dengar nama ja dah tak tahan. Bila masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyi dia. Lagilah tak boleh berhenti makan. Tak caya cer korang try. Resepi mudah kat bawah taw.

Bahan bahan :

1 bungkus kulit popia (saiz kecik)
Pisang (tak kesa janji dah masak dan manis)
Coklat Susu (brand apa apa pun boleh)
Air
Minyak masak


Langkah Langkah :

1. Potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil.
2. Kulit popia pulak dipotong kepada empat bahagian.
3. Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuan untuk lekatkan kulit popia yang kedua. Konon konon air ni sebagai gam lah.
4. Letakkan pisang dan coklat.
5. Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat yer korang.
6. Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup sehingga kuning keemasan.
7. Dah boleh makan!

Pasni bolehla tukar menu pisang goreng dengan popia coklat pulak. Hidang pulak dengan kopi panas. Fuhhh memang terangkat abis

Sumber- Solehah Yusoff
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "