9 Feb - Takut dengan lipas? Di Malaysia ramai diantara kita yang takut dengan lipas. Antara sebab kita takut dengan lipas ialah sebab kotor, geli dan paling tak tahan apabila dia mula lebarkan sayapnya dan terbang sekeliling rumah.
Lain pula ceritanya di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), apabila seorang kanak-kanak perempuan terlalu obses dengan lipas dan telah memelihara ribuan ekor lipas di rumahnya. Kanak-kanak aneh ini bernama Shelby Counterman yang berusia 9 tahun berasal dari Tulsa, Oklahoma.
Video yang dimuat naik oleh TLC yang datang ke rumah Shelby untuk melihat sendiri minat kanak-kanak itu yang berbeza dari orang lain.
Shelby mula obses dengan serangga perosak ini sejak berusia 4 tahun lagi. Kini beliau telah memiliki ribuah ekor lipas dalam jangka masa 5 tahun.
Tujuan utama dia memilih untuk memelihara lipas ialah untuk mendidik masyarakat dunia agar tidak takut dengan serangga itu.
"Saya ingin mengajar tentang lipas-lipas saya. Mereka bukan raksasa malah mereka boleh jadi kelakar dan comel," katanya.
Ibu bapa kepada Shelby terpaksa menerima dan meyokong minat anak mereka itu secara terbuka dan turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak suka dengan lipas.
"Saya sudah tentu tidak suka lipas, tetapi saya boleh bertolak ansur dengannya," kata Ibu Shelby.
Shelby kini dikatakan memiliki lebih 7,000 ekor lipas kesemuanya dan Shelby sangat suka memberikan lipasnya nama dan menerangkan tentang keistimewaan setiap ekor lipas tersebut.
Siakapkeli.my
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877