Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Salah Guna Buaian Boleh Cederakan Bayi, Wanita Kongsi Manfaat Dan Kebaikan Buaian Untuk Perkembangan Bayi

5 Feb 2018
One Comment

Seperti yang kita tahu, bayi sangat sinonim dengan buaian yang digunakan mereka untuk tidur. Boleh dikatakan setiap rumah yang mempunyai bayi pasti memiliki buaian yang boleh membantu menidurkan anak dengan pantas.

Sejak zaman dahulu lagi, buaian bayi menggunakan kain fabrik kapas, batik yang selesa diletakkan pada spring digantungkan di alang siling atau susur tangga.

Buaian zaman moden telah datang dengan rangka yang boleh dilipat dan mudah untuk dialihkan kemana sahaja.

Terdapat pakar yang mengatakan bahawa bayi akan berasa tenang diatas buaian dan lebih cepat tidur kerana pergerakan yang membuai membuatkan mereka seolah berada di dalam rahim ibu mereka.

Bagaimanapun, terdapat juga keburukan penggunaan buaian terhadap bayi sekiranya berlaku kecuaian yang boleh mencederakan.

Ikuti perkongsian bermanfaat daripada Puan Maryam Jamadi yang menjelaskan tentang kebaikan penggunaan buaian dan cara untuk mengelakkan penyalahgunaan buaian.

Mari ikuti perkongsian ini.


BUAIAN UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

"Buaian tak bagus, nanti otak anak bergegar"

Ya, penggunaan buaian memang boleh menyebabkan risiko "Shaken Baby Syndrome" ataupun bahasa kampungnya "otak bergegar" JIKA kepala bayi terhentak di lantai ataupun membuai terlampau laju sehingga leher bayi yang masih belum kuat itu terangkat dari atas ke bawah.

Saya tak nak cerita tentang keburukan buaian sebab terlampau banyak jika disebabkan kecuaian:
- Kes "Shaken Baby Syndrome"
- Kes bayi tercampak
- Kes buaian terputus dan bayi terjatuh
- Kes bayi turun sendiri buaian
- Kes bayi tersedak susu dan lemas
- Kes rangka buaian hempap bayi dll

Kalau nak listkan memang banyak dan bagi saya, kalau dah namanya CUAI apa-apa benda pun bahaya untuk bayi. Selimut pun bahaya untuk bayi sebab boleh menyebabkan risiko lemas.

Jadi, saya nak ceritakan apa yang orang tak tahu tentang kegunaan buaian untuk bayi.

Setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keperluan sensori yang berbeza. Ada bayi yang tepuk-tepuk sikit dah tidur, malah ada bayi yang boleh tertidur dengan sendiri! Salah satu impian semua mak ayah termasuk saya. Tetapi, ada bayi yang buatlah macam-macam cara dari tepuk berjam-jam, menyanyi atau selawat, bagi puting tiruan, usap-usap kepala dan sebagainya selama berjam-jam tetapi anak tetap menangis.


Walaupun mata dah merah mengantuk tetapi tetap tak boleh tidur sampaikan mak ayah tak boleh tidur malam sebab "mengerjakan" bayi. Cara terakhir adalah dengan cara berdukung sambil didodoi, baru anak tidur.

Bila dah dodoi, masalah lain pula timbul. Anak menangis bila berhenti dodoi. Adakah sebab mak ayah tak ada bakat menidurkan bayi? Tidak, mungkin bayi anda dalam kategori "high need" disebebkan keperluan sensori, perhatian, sosial dan fizikal lebih dari bayi lain. Jangan risau, ia juga salah tanda bayi sangat peka dengan persekitaran dan bakal mempunyai EQ yang tinggi.  (Nanti saya kongsikan tentang ini dengan lebih lanjut).

Mungkin ada yang akan kata:

"Alah, letak je dia dalam baby cot tu jangan manjakan sangat. Seminggu dua oklah tu"

Orang yang mengalaminya sahaja memahami betapa "perlunya" buaian dalam kehidupan anak. Sama juga dengan kes puting tiruan (topik lain).

Anak A, cara A. Anak B, cara B. Kalau kita dikurniakan anak "senang jaga" bersyukurlah dan jangan sesekali mengherdik mak ayah lain yang mempunyai anak "susah jaga" sebab banyak dosalah, banyak buat jahatlah dan sebagainya.

Bayi bawah umur 6 bulan tak pandai menipu ataupun manipulasi mak ayah lagi. Jika dia menangis, mesti ada yang tak cukup ataupun ada sesuatu yang dia nak beritahu. Kalau dia nak didodoi ataupun dibuai, memang itulah keperluannya. Menangis lama semasa anak bawah umur 6 bulan boleh memberi kesan negatif dalam perkembangan bayi.


KEBAIKAN BUAIAN UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

Pendapat saya, tak salah guna buaian asalkan selamat dan sentiasa dipantau kerana penggunaan buaian adalah salah satu cara untuk merangsang deria vestibular (keseimbangan dan pergerakan) yang penting untuk skil motor kasar anak. Syaratnya tak boleh OVERDOSE sahaja (Baca sampai habis). Kelebihan buaian:


1. MENENANGKAN BAYI

Dulu semasa bayi dalam rahim, 9 bulan bayi dalam kedudukan terawang-awangan. Kejap kepada di atas, kejap kepala di bawah dan berpusing sehinggalah saat bayi keluar dari rahim. Graviti di dunia nyata ini sangat berlainan bagi bayi umpama kita pergi ke planet lain, pasti kucar kacir dan ada masa rindukan graviti di bumi sebab susah nak bergerak.

Ada bayi yang cepat "move on", keluar-keluar terus elok sahaja dapat sesuaikan diri dengan "planet" baru, ada bayi perlukan masa untuk "move on" sebab itu asyik nak berbuai macam dalam rahim ibu. Buaian memang terbukti boleh menenangkan bayi sebab mimik seakan-akan dalam rahim ibu buat bayi terkenang-kenang kenangan dengan ibu. ❤ (Rindu pula rasa)

2. DERIA PERGERAKAN DAN KESEIMBANGAN

Kedudukan berbuai tak kiralah dengan menggunakan buaian tradisional ataupun buaian moden boleh memberikan bayi perasaan bergerak dan belajar untuk imbangkan badan setiap kali buaian bergerak.

3. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

Kalau nak tahu, sebenarnya sejarah buaian gantung menggunakan kain sarong adalah berasal dari nenek moyang kita (South East Asia) dan memang terbukti berkesan boleh membantu menenangkan bayi dan bagus untuk merangsang perkembangan motor kasar.

Kini di barat pun dah banyak guna buaian untuk menenangkan bayi, sebab itu sekarang ada banyak produk buaian seperti rocker, bouncer dan sebagainya di pasaran antarabangsa. Jangan terkejut jika saya kata, buaian juga adalah salah satu alat terapi untuk anak mempunyai masalah perkembangan kanak-kanak (Rugi dulu nenek moyang kita tak "patent"kan )

Tetapi masalah yang timbul sekarang bila banyak penyalahgunaan buaian. Lepas itu nak kata

"Orang dulu ok je semua anak-anak guna buaian, jadi orang jugak. Sekarang ini semua benda tak boleh sebab ikut barat sangat"

Bawah ini saya bandingkan ya DULU VS SEKARANG:

1. KEDUDUKAN BUAIAN

Dulu mak nenek kita guna buaian gantung dari siling yang statik dan kukuh, kalau buaian ada dekat ruang tamu di situ sahajalah anak akan dibuai. Kalau pergi tempat lain, anak dah biasa hanya "dibuai" guna henjutan kaki dan biasanya akan berhenti guna buaian bila anak dah pandai memanjat.

Tetapi di zaman moden, buaian boleh bawa di mana-mana sebab ada roda, jadi anak dah dimanjakan dimana-mana boleh dibuai. Dapur boleh, bilik pun boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu bergantung kepada buaian sehinggakan pergi mana-mana kena bawa buaian.


2. DURASI ANAK BERBUAI

Dulu mak nenek kita buai anak sambil duduk disebelah anak sampai anak tidur. Bila anak dah tidur, berhenti berbuai.

Zaman moden mak dah tak perlu duduk sebelah sebab dah ada buaian elektrik. Anak dah tidur berejam pun masih dalam keadaan berbuai. Menyebabkan "overdose" rangsangan vestibular. (Risiko anak mengalami masalah keseimbangan badan dan perkembangan motor kasar di masa akan datang).

3. "ALARM CLOCK"

Kalau dulu buai berhenti dan anak terbangun pasti anak akan menangis umpama "alarm clock". Maka, mak nenek kita akan terus berlari dapatkan anak sebab risau anak melasak dalam buaian.

Masalah sekarang bila guna buaian elektrik, dari anak belum tidur sampailah bangun tidur dalam keadaan sama berbuai menyebabkan "alarm clock" anak tak berfungsi menyebabkan mak ayah tak perasan anak dah terjaga dan melasak dalam buaian sampai terjatuh.

Nak bandingkan ada banyak lagi point, tetapi pokok pangkal masalah buaian adalah cara penggunaannya. Kalau nak guna tak ada masalah, tetapi pastikan selamat. Nasihat saya:


CARA GUNA BUAIAN DENGAN BETUL

1. Jangan guna "overdose", maksimum 2 jam sahaja sehari supaya anak banyak masa "tummy time" di lantai. Guna buaian bagus, tapi kalau 12 jam sehari anak berbuai tak belajar untuk kuatkan otot-otot untuk meniarap dan merangkak tak elok juga.

2. Elakkan guna buaian waktu malam untuk elakkan risiko anak lemas di dalam buaian tanpa kita sedar. Jadikan rutin waktu malam tidur di tilam.

3. Kalau nak guna buaian tradisional, cari rangka yang paling stabil (ada 4 point). Kalau tak ada roda lagi bagus.

4. Letakkan lapik atau tilam lembut di bawah dan tepi buaian untuk elakkan kepala anak terhantuk di lantai.


5. Sentiasa "update" ketinggian buaian dan lantai.

6. Elakkan membuai bayi semasa marah atau stress sebab boleh menyebabkan risiko terbuai terlalu laju bila anak menangis.

7. Elakkan letak bantal, selimut, anak patung dalam buaian semasa anak belum reti mencapai barang sebab risiko anak lemas. Cukup sekadar mainan gantung sahaja.

8. Selain daripada berbuai atas dan bawah, boleh pelbagaikan pergerakan kanan, kiri, depan dan belakang.

9. Elakkan bergantung kepada buaian elektrik dan tinggalkan bayi tanpa pengawasan.

Kalau yang nak guna cara tradisional WAJIB guna tips di atas. Kalau yang belum ada buaian dan memerlukan buaian, saya lebih sarankan guna "bouncer" moden yang lebih selamat untuk membantu bayi. Cara guna sama seperti dia atas, maksimum 2 jam sahaja sehari.

Kesimpulannya, guna buaian boleh jika guna dengan cara yang betul dan elakkan terlalu bergantung dengan buaian. Penting juga ajar bayi untuk "move on" dan berpijak di dunia yang nyata.

Sumber- Maryam Jamadi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "