Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Hidap Leukimia Tak Sedar Habiskan Wang Simpanan Rawatannya Untuk Main Game

3 Feb 2018
5 ulasan

Seorang kanak-kanak di China menggunakan wang simpanan ibunya sebanyak RM93,984 untuk bermain permainan video game King Of Glory.

Tao Tao, 10, yang juga merupakan seorang pesakit leukemia menghabiskan wang  tanpa menyedari bahawa wang tersebut adalah simpanan ibunya yang akan digunakan untuk membiyai rawatan penyakit yang dihidapinya.

Keadaan tersebut disedari ibunya, Lai Donghong dari Guangzhou, China, ketika dia hendak membayar wang perubatan anak lelakinya.

Lai yang terkejut selepas mendapati wang simpanannya telah tiada terus ke bank dan mengetahui bahawa terdapat lebih dari lima transaksi yang digunakan untuk pembayaran video game tersebut.

'King Of Glory' merupakan permainan yang terkenal di China dan melalui permainan media sosial berkenaan, wang sebanyak RM4,795 ditolak dari akaun Lai setiap kali anaknya membuat transaksi bagi meneruskan game berikut.

Sementara itu, meurut laporan berita Beijing Evening News, anaknya memberitahu bahawa dia memindahkan wang daripada akaun WeChat ibunya ke akaun miliknya sendiri sebelum bermain permainan tersebut.

Di China, WeChat merupakan platform media sosial yang memiliki pelbagai fungsi termasuk sebagai dompet digital.

Bagaimanapun, Lai dilaporkan mendapat kembali satu pertiga daripada jumlah wangnya selepas menjelaskan perkara sebenar kepada syarikat pemilik permainan video itu.

Sumber- Beijing Evening News

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "