Sampaikah hati setiap daripada ibubapa disini yang sanggup memarahi anak-anak yang dianggap permata hati dan tiada apa yang dapat menggantikan mereka dengan benda lain. Kasih sayang terhadap mereka tiada tolok bandingnya.
Gambar Hiasan |
Maka, kawalan emosi yang dibawa daripada pejabat ataupun ketika melayani anak kecil sering kali dilihat remeh, namun sebaik sahaja kata-kata kesat dilontarkan kepada mereka, sedikit tekanan tercalit. Kanak-kanak tidak mengerti apa-apa dan mereka langsung tidak tahu bagaimana meluahkan perasaan melainkan dengan cara membaling mainan, memberontak atau baring dilantai sambil menghentak kaki.
Oleh itu, ibu bapa khususnya para ibu yang terlalu dibebani kerja hakiki dan realiti sebagai isteri, pekerja kepada majikan dan ibu kepada anaka-anak menggendong sebukit tanggungjawab dan emosi yang tidak mampu terluahkan. Perkongsian daripada Taufiq Razif ini mungkin dapat membantu anda yang sedang mengalami situasi dimana tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan anak-anak. Daripada panduan yang diberikan ini, beliau menekankan peranan suami sebagai tunjang perbolakan emosi isteri terhadap anak-anak. Mari baca perkongsian dibawah dan semoga ianya bermanfaat.
Gambar Hiasan |
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
- Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
- Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
- Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
- Mudah jatuh sakit
- Wajah jadi redup tak bermaya
- Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampa
- Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
- Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Gambar Hiasan |
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Taufiq Razif
Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasPadamJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..