Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinggalkan Kerja Gaji 6 Angka Untuk Jadi Guru Bantu Pelajar Miskin, Tahun Pertama 190 Dari 200 Pelajarnya Berjaya Masuk Universiti

16 Ogo 2017
One Comment

Bekas Peguam Mouhssin Ismail, 38, meninggalkan firma undang-undang antarabangsa Norton Rose Fullbright demi untuk menjadi guru besar di Newham Collegiate Sixth Form, sebuah kawasan termiskin di London pada lewat 20-an.

Bekas ketua pengarah, London School of Economics, berkata dia memutuskan untuk meninggalkan kerjanya pada malam ketika dia sedang menyiapkan perjanjian perbankan dan kewangan bernilai £ 50 juta.

Beliau berkata: "Saya tidak fikir itu hebat, saya baru sahaja melakukan satu lagi perjanjian bernilai £ 50 juta, apa yang saya fikir, apa yang saya sumbangkan kepada masyarakat? "'

Pada tahun pertama beliau mengambil alih, beliau berharap 95% pelajarnya akan ke universiti ternama.

Keputusan pada tahun pertama beliau mengajar, 190 daripada 200 pelajar telah ditawarkan ke beberapa universiti terbaik di Russel Group Universities termasuk sembilan daripadanya telah mendapat tawaran daripada Oxford dan Cambridge universiti.



“Saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai”, katanya.

"Saya tinggalkan kerja bergaji tinggi di bandar kerana saya nak buat satu perubahan kepada orang-orang yang saya kenal dan yang membesar bersama saya. Mereka berpotensi tapi tidak dapat dipenuhi disebabkan di mana mereka membesar", katanya lagi.




Mouhssin Ismail yang merupakan imigran dari bangladesh itu dibesarkan berhampiran Ilford, meninggalkan gaji enam angka sebagai peguam perbankan dan kewangan di bandar hanya untuk menjadi guru perniagaan dan ekonomi.

Ketika mula sampai dulu, saya berkata kepada pelajar-pelajar di situ,''Salah seorang daripada kamu akan ada yang menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti."

Kata-kata saya itu buat mereka ketawa, saya menjawab, "Saya tidak bergurau." - Siakapkeli.my

Sumber- Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "