Isu CCRIS Dan Blacklist Lebih 47,000 Nama Pelajar Yang Sambung Terus Pengajian Diploma Ke Ijazah Dalam Sistem PTPTN Selesai
Sejak minggu lalu menjadi perbualan hangat di kalangan pelajar apabila ada pelajar yang menyambung terus diploma ke ijazah nama mereka telah disenari hitam dalam sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Keadaan ini menyebabkan mereka yang menyambung ijazah tidak dapat membuat permohonan pinjaman pelajar dari PTPTN dan tidak dapat ke luar negara.
Keadaan ini menyebabkan beberapa orang aktivis mahasiswa telah membangkitkan isu ini dengan mengadakan satu sidang media kerana masalah ini melibatkan lebih 47,000 orang pelajar.
Pada 1 Ogos lalu, pihak PTPTN telah memberikan respon yang positif mengenai tuntutan oleh pihak mahasiswa sebelum ini.
Memetik tulisan Exco Mahasiswa & Pendidikan Armada, Abdul Hannaan Khairy, beliau telah menghubungi pihak PTPTN dan mengesahkan perkara ini telah selesai.
Menurut beliau, rekod CCRIS terhadap semua pelajar ini telah ditarik balik, larangan untuk keluar negara juga ditarik balik.
Jumlah tunggakan pinjaman mereka semasa diploma telah menjadi sifar di mana akaun PTPTN diploma dengan ijazah telah digabungkan sekali menyebabkan mereka tidak perlu membayar bayaran pinjaman semasa belajar dan akhir sekali pembayaran balik hanya bermula 6 bulan selepas tamat pengajian.
"Perkara ini hanya termaktub kepada pelajar diploma yang meminjam PTPTN dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah."
"Semoga dengan perubahan yang dilakukan ini mampu sedikit sebanyak membantu survival anak bangsa dalam dunia kerjaya."
Berdasarkan kepada rekod PTPTN, lebih 47000 mahasiswa terkesan dengan perkara ini.
Terima kasih PTPTN kerana mendengar permasalahan yang dibawakan ," tulis beliau di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadam