Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Nak Kecik ke Nak Besaq Kak' - Video Tengku Puan Pahang Bersembang Dengan Tauke Durian Viral

17 Mei 2017


Pahang - Reaksi bersahaja Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berborak dengan seorang peniaga durian yang dipercayai tidak mengenali Tengku Puan Pahang itu menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu sempat menikmati raja buah dari gerai durian tepi jalan itu.

Gaya bersahaja Tengku Puan Pahang itu mendapat pujian dari netizen.

"Alhamdulillah..... rakyat pahang terlalu beruntung kerana memiliki kerabat diraja yang berjiwa rakyat.... Tengku Puan Pahang seorang yg prihatin. Sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Syukur Alhamdulillah" tulis Emmanuel Noah.

Malah, pengguna Facebook Encik Rusydi sempat berkongsi betapa merendah dirinya Tengku Puan Pahang dengan berkata:  "Pernah bertugas sbg petugas bantuan banjir 2014 di kuantan dlu Tengku Puan Pahang dtg pki slua track,tshirt je..tudung belit2 mcm g psr mlm rmi org x prasan..tetibe die dtg terus ke tmpt memasak dan tlg msk mkanan utk mgsa banjir..last2 de sorg akak tegur br sume mengelupur pegi salam..sgt2 humble org nye ramah,mskan die pn org kate sedap...semoga Tengku Puan Pahang sekeluarga Kerabat di beri kn kesihatan yg baik."

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "