Foto: yanihamdan
Itu baru karenah yang dewasa, bagaimana pula dengan anak kecil? Karenah mereka sudah pasti lagi sukar, kena dipujuk dengan lemah-lembut, itu pun ada masanya tidak menjadi.
Susah macam mana pun, ubat mesti dimakan, jadi, bagaimana nak buatkan anak kecil ini, mudah untuk makan ubat?
Menerusi perkongsian dari seorang Pegawai Farmasi, iaitu saudara Dziehan Mustapa, ada beberapa cara yang boelh digunakan ibu bapa, dalam membuatkan anak-anak mudah untuk memakan ubat.
Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk ketahui cara yang boleh dilakukan.
Hmmmm bagaimana yer untuk atasi masalah ini?
1. Wujudkan suasana ceria
Percaya atau tidak, senyuman sebenarnya boleh membantu dalam situasi seperti ini. Oleh itu kita sebagai ibu-bapa perlu wujudkan suasana ceria dan bersabar.
2. Terangkan mengapa perlu makan ubat
Kita perlu ingat bahawa anak-anak kita ini bijak. Oleh itu kita perlu terangkan kepada mereka dalam ayat yang mudah untuk mereka fahami berkaitan sakit mereka dan bagaimana ubat boleh membantu mereka untuk kembali sihat semula.
3. Beri minuman sejuk / ketulan ais sebaik makan ubat
Jika masalah tidak mahu makan ubat berpunca daripada ‘rasa ubat’ itu, cuba berikan kepada anak kita minuman sejuk atau ketulan ice sebaik sahaja mereka menelan ubat. Ini adalah kerana suhu yang sejuk membantu mengurangkan deria rasa. (Kebas).
4. Cubit hidung
Selain daripada itu, mencubit sedikit untuk menutup lubang hidung ketika anak kita mengambil ubat juga boleh membantu.
Dengan cara ini, kita akan menghalang deria rasa dan bau untuk berfungsi. Malah untuk menjadikan bahan pujukkan atau dorongan atau menjadikan ia lebih menarik, benarkan anak kita sendiri memicit hidung mereka sendiri ketika makan/minum ubat.
Sebenarnya dengan memberi peluang kepada anak kita untuk ambil tempat atau turut bersama-sama dalam pengambilan ubat-ubatan mereka sendiri adalah sangat membantu.
5. Biar anak pilih tempat
Cara lain untuk mengatasi masalah memberi ubat kepada kanak-kanak adalah dengan memberi pilihan kepada mereka untuk memilih di mana lokasi dalam rumah yang mereka pilih untuk makan ubat.
Foto: refluxinfants
Bukan itu sahaja, benarkan mereka memegang ubat dan mengambilnya sendiri bawah pemerhatian dan pemantauan anda sebagai ibu-bapa.
Beri mereka peluang dan tingkatkan keyakinan mereka melalui cara seperti ini.
7. Produk alternatif
Jika anak kita merasakan ubat dalam bentuk cecair sesuatu yang meloyakan. Bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi anda untuk produk alternatif yang ada dalam pasaran dengan pelbagai perisa untuk atasi masalah ini.
Jika ubat yang diberikan adalah dalam bentuk tablet atau kapsul. Cuba tanya kepada Ahli Farmasi jika terdapat alternatif dalam bentuk “softgel’ yang mudah untuk dikunyah.
8. Campur dengan makanan
Mencampurkan ubat dengan sesuatu makanan yang menyelerakan seperti puding mangga boleh membantu melainkan pada label ubat tersebut telah dinyatakan larangan untuk dicampurkan dengan makanan. Jika melakukannya juga kemungkinan keberkesanan ubat tersebut akan terganggu.
Baca arahan pengambilan ubat untuk anak kita dengan teliti dan bertanyalah kepada doktor yang merawat atau ahli farmasi anda sebelum mencampurkan ubat ke dalam makanan.
Sedikit sifat ‘Lemah-lembut, Kasih Sayang dan Prihatin (TLC) diamalkan semasa memberi makan ubat kepada anak-nanak kita dapat membantu dan menyelesaikan pelbagai masalah pengambilan ubat dalam kanak-kanak.
Foto: babycenter
1. Guna picagari
Bagi bayi pula, cara yang lebih baik memberi ubat adalah menggunakan picagari. Walau bagaimanapun elakkan daripada terus memancutkan ubat terus ke tekak bayi untuk mengelakkan daripada keadaan tercekik berlaku atau bayi tersedak dan muntahkan semula ubat yang diberikan.
2. Pancut ke arah dinding pipi secara sedikit demi sedikit
2. Pancut ke arah dinding pipi secara sedikit demi sedikit
Cara terbaik adalah memancutkan ubat menggunakan picagari ke arah dinding pipi (bahagian dalam mulut) bayi secara sedikit demi sedikit. Amalan ini mungkin membantu kerana deria rasa ada pada lidah. Pancut ke bahagian dinding pipi dapat mengurangkan bayi merasa pahit ubat tersebut.
Pancut sedikit demi sedikit pula dapat membantu jika bayi tersedak atau muntah. Maka kita sebagai ibu-bapa tahu berapa ml ubat yang telah diberikan dan perlu ditambah semula kerana bayi tersebut telah muntah.
3. Bedung bayi
Oh yer, mungkin membedung bayi ketika memberi ubat boleh membantu agar tangan bayi tersebut tidak terkapai-kapai dan boleh mengganggu proses pemberian ubat.
4. Elak beri ketika berbaring
Elakkan daripada memberi ubat dalam keadaan bayi berbaring. Dukung dan condongkan sedikit (dalam sudut 45°) untuk beri makan ubat untuk elakkan daripada tercekik atau tersedak.
Foto: netdoctor
Apa kata kita sebagai ibu-bapa bagi ganjaran atau 'reward' kepada anak kita kerana makan ubat. Contoh reward seperti belanja makan kek atau kita sendiri buatkan kek untuk anak kita atau berikan mereka 'stiker-stiker' watak kartun yang menarik untuk mereka beraktiviti menggunakan stiker tersebut.
Satu perkara yang perlu dielakkan semasa proses memujuk anak untuk makan ubat adalah dengan menanam satu ideologi bahawa ubat adalah gula-gula.
Contohnya "Jom aiman makan ubat ini, sedap tau macam gula-gula Strawberry". Yer ayat pujukkan seperti ini harus dielakkan.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada anak-anak kita anggap ubat adalah gula-gula.
Bahaya jika di masa hadapan jika anak-anak kita tercapai ubat orang dewasa atau ada ubat dalam pegangan mereka, mereka akan ingat ubat adalah gula-gula dan makan ubat tersebut seterusnya menyebabkan berlakunya kesilapan pengubatan atau kesannya keracunan berlaku di rumah yang boleh meragut nyawa.
Maka satu lagi amalan penting adalah jauhkan ubat daripada capaian serta penglihatan kanak-kanak.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, rakan-rakan semua boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8pagi-5petang)
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
- Siakap Keli
BACA: Ibu Bapa Perlu Risau Akan Beberapa Perkara Ini Jika Anak Demam, Serta Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Berhadapan Situasi Anak Demam
Satu perkara yang perlu dielakkan semasa proses memujuk anak untuk makan ubat adalah dengan menanam satu ideologi bahawa ubat adalah gula-gula.
Contohnya "Jom aiman makan ubat ini, sedap tau macam gula-gula Strawberry". Yer ayat pujukkan seperti ini harus dielakkan.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada anak-anak kita anggap ubat adalah gula-gula.
Bahaya jika di masa hadapan jika anak-anak kita tercapai ubat orang dewasa atau ada ubat dalam pegangan mereka, mereka akan ingat ubat adalah gula-gula dan makan ubat tersebut seterusnya menyebabkan berlakunya kesilapan pengubatan atau kesannya keracunan berlaku di rumah yang boleh meragut nyawa.
Foto: Hazlin Othman, Unit Penggunaan Ubat Berkualiti, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, rakan-rakan semua boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8pagi-5petang)
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
- Siakap Keli
BACA: Ibu Bapa Perlu Risau Akan Beberapa Perkara Ini Jika Anak Demam, Serta Tindakan Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Berhadapan Situasi Anak Demam