Pesawat Bawa Empat Penumpang Hilang di Segi Tiga Bermuda
Miami - Sebuah pesawat kecil yang membawa empat penumpang dilaporkan hilang di segi tiga bermuda.
Menara Kawalan Miami terputus hubungan dengan pesawat terbabit - yang membawa Jennifer Blumin, Nathan Ulrich dan dua anak Blumin yang masing-masing berusia 4 dan 10 tahun - pada jam 2.10pm Isnin waktu tempatan.
Pesawat itu hilang 37 batu timur Bahamas, dimana kawasan lagenda Segi Tiga Bermuda dikatakan berada.
Kali terakhir transmisi juruterbang mengatakan pesawat itu berada pada altitud 24,000 kaki dan bergerak pada kelajuan 300 knot.
Pegawai pantai telah melakukan pncarian antara Florida dan Bahamas semalam namun tidak membuahkan sebarang hasil.
Pencarian diteruskan hari ini, kata pegawai.
Sumber: The Sun