Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Detik Cemas Jurukamera Terselamat Dari Tembakan Sniper Selepas Peluru 'Ditahan' Oleh GoPro Yang Dipakainya

16 Mei 2017


Satu detik mengagumkan menunjukkan bagaimana seorang jurukamera dan wartawan The Sun terselamat ketika satu serangan hendap di Iraq.

Ketika sedang membuat liputan di Mosul, jurukamera warga Iraq ditembak tepat di bahagian dadanya dan ketika itu, wartawan The Sun, Owen Holdaway hanya berada beberapa inci berdekatan.

Bagaimanapun, jurukamera itu terselamat apabila peluru tembakan itu terkena pada kamera GoPro-nya.

Ketika kejadian Owen dan jurukamera tersebut, Ammar Alwaely, sedang bergerak ke barat bandar terbabit apabila berlaku satu serangan hendap.

Nasib Ammar baik apabila GoPro yang digantung di lehernya menahan peluru untuknya.

Owen berkata: "Pada mulanya saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya terjatuh ke lantai dan tak boleh berpaling untuk melihat sekiranya Ammar Ok".

"Ketika merangkak untuk bertahan di belakang kenderaan, saya terlihat peluru itu terkena GoPro lama yang saya berikan kepada Ammar beberapa hari lepas.

"Kesannya, kamera terbabit pecah, menyebabkan plastik tersembur di muka Ammar dan membelah bibirnya.



Tonton detik itu dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "