Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Payah Tabur Kabaid Atau Belerang, Cukup Nyalakan Unggun Api, Antara Ilmu Hutan Dari Orang Asli Suku Jakun Elak Haiwan Berbisa

17 Mei 2017
No Comment

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita apabila masuk untuk berkhemah di dalam hutan pasti kita akan bawa kabaid atau belerang untuk ditabur di sekeliling tapak khemah kononnya untuk menghalau serangga dan haiwan berbisa.

Sebenarnya tiada bukti lagi tentang keberkesanan bahan berkenaan menghalau haiwan dan serangga berbisa seperti ular kerana ujian penah dijalankan oleh sekumpulan anggota bomba tentang keberkesanan itu.

Jom lihat video dari FB Wira Penyelamat, seorang anggota bomba yang tugasnya mengendalikan kes binatang berbisa.


Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Johari Haji Ibrahim dari group Hiking & Camping Around Malaysia, beberapa petua atau ilmu hutan yang penting apabila masuk untuk menginap di dalam hutan, beliau berkongsikan beberapa petua yang boleh kita guna pakai.

Jom kita baca.

Kabaid

Kalau camping dalam hutan, campsite kena bersih. Tak perlu tabur kabaid, segala binatang merayap atau menjalar takan sudi singgah. Unggun api kena sentiasa ada. Binatang buas akan menjauhkan diri(1km radius) - ilmu hutan kawan orang asli suku jakun.

Sebelum dirikan khemah, pastikan dahan pokok atas kepala bukan dahan mati, kang tak pasal pasal kena hempap kepala.

Campsite kena jauh sikit dari gigi air. Tapi selalunya gang kami tak masuk hutan masa musim hujan, bahaya woo... Apapun best, nak mandi air terjun sepuluh kali sehari pun takpa.

Waktu siang tu, bolehlah hike short trail panjat bukit ke hulu,mancing sebarau kelah baung..

Tapi kenalah bawak parang pasal nak kena menebas denai.. Batang duri banyak beb.

Pacat tu..anggap renew licence. Boleh tahan banyak. Haha pernah kena pastu basuh kasut kat sungai, curah air macam sirap.

Darah banyak beb. Lepas lepas tu, bygon la ubatnya. Spray kat stokin. Barulah ok sikit. Bukannya apa, penangan gatal nak mengaru jer lepas kena tu mau berminggu minggu baru baik.



Bila nak malam pula sejenis unggas, riang riang namanya akan berbunyi, panjang bunyinya. Itu tanda waktu maghrib dah masuk. Subhanallah. Allahhu akhbar kuasa dan keindahanNya.

Lepas makan malam tu kalau nak nite trail lagi syok. Damai sunyi hutan ni lain. Tenang dan rindu. Selalunya kami meranduk air mudik kehilir. Dalam 45minit jalan kaki. Sejuk, best.

Dah puas tu boleh la balik camp, lepak lagi.

Kalau masa sunyi sunyi tu ada bunyi orang mengaji sayup sayup kedengaran, korang buat bodoh sudah. Benda halus memang banyak dalam hutan ni. Tapi bila diamati dan dengar betul betul, bukannya orang mengaji tapi bunyi mendayu dayu dan bacaannya ntah apa apa. Hehe. Mulut jer kena jaga, jangan cabul sangat.

Selalunya kami lepak 3hari 2malam, tapi sebenarnya tak puas. Tukar 4hari 3malam barulaaaaaa best.

P/s sampah kutip bawak balik k. Sayangi alam.

Yang lain tu, sila komen kongsi pengalaman.
Dari Taman Negara Endau Rompin.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "