Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Tunang Adira Nafi Elizabeth Tan Punca Putus Hubungan

27 Jun 2015





Shahrul Nasrun, tunang kepada penyanyi Adira mengakui ikatan pertunangan mereka sudah putus sejak beberapa bulan lalu.

Shahrul dalam pada itu juga menepis dakwaan bahawa penyanyi Elizabeth Tan menjadi punca keretakan hubungan mereka berdua.

“Tidak ada hal personal mahupun ajak keluar atau sebagainya. Kalau nak dikatakan flirt (mengorat) tak mungkin. Sebab ramai lagi kaum wanita lain yang kerjasama dalam apa saja program atau campaign saya”

“Adira girlfriend saya… betul, kerana sewaktu itu belum bertunang. Kita harus bersangka baik. Saya pernah dilabel sombong, muka ketat sebelum ini. Mungkin sebelum mereka duduk mengenali saya,” katanya kepada Rotikaya.




Sebelum ini Elizabeth yang popular dengan lagu Knock Knock itu mendakwa dia didekati Shahrul ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.

Dia mendedahkan wujud cubaan dari Shahrul untuk mengorat dirinya dan menegaskan dia tidak melayan tindakan itu.

Sementara itu Shahrul mahu semua pihak mendoakan kebahagian dia dan Adira selepas ini meskipun tidak lagi bersama. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "