Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Umum Penangguhan Pemilihan Umno Selama 18 Bulan

27 Jun 2015



KUALA LUMPUR: Bagi mengukuhkan kedudukan Umno dan memberi lebih peluang berkhidmat kepada rakyat, Umno menangguhkan pemilihan parti itu selama 18 bulan.

Hal itu diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

"‎Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.

"‎Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," katanya memetik Malaysiakini.

Pemilihan Umno sepatutnya berlangsung pada tahun depan.

Ujar Najib, penangguhan tersebut bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan beberapa presiden Umno sebelum ini juga pernah berbuat demikian.

"Bukan Umno tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan Umno," katanya lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "