Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Finland Digesa Oleh kerajaan Supaya Makan berdiri Untuk Kekal Sehat

26 Jun 2015
No Comment


HELSINKI: Pihak Berkuasa Finland telah emnggesa supaya rakyatnya untuk mengamalkan cara makan sambil berdiri dalam usaha untuk memerangi masalah eksihatan dan ia juga sebagai salah satu cara hidup aktif.

Memetik laporan Astro Awani, untuk itu, kementerian kesihatan negara berkenaan telah menjalankan kempen berkenaan dengan menerbitkan buku bertajuk Sit Less, Feel Better.

“Banyak perkara boleh dilakukan dalam posisi berdiri atau berjalan selain duduk. Dalam keadaan berdiri juga boleh membaca akhbar, makan, minum ckopi dan menonton televisyen,” saran kementerian.

Menurut pihak kementerian kesihatan lagi, duduk berlebihan boleh dikatikan dengan gangguan otot, penyakit kardiovaskular dan obesiti.

"Mereka yang duduk lebih dari tujuh jam sehari, setiap jam tambahan yang digunakan untuk duduk akan meningkatkan risiko kematian sebanyak lima peratus."

"Dalam satu kajian mendapati tiga per empat penduduk dewasa Finland duduk, berbaring atau berdiri dalam masa mereka berjaga."

"Orang ramai dari semua peringkat umur harus elak daripada duduk berlebihan. Mereka harus berjalan dalam kitaran jarak pendek atau cuba berdiri dalam pengangkutan awam dan kekal cara aktif dalam bekerja," memetik buku, Sit Less, Feel Better.

Seperti kebanyakkan negara lain di duniFinland turut membangkitkan kebimbangan ini terhadap kanak-kanak di negara mereka yang banyak duduk menghabiskan masa mengadap gadjet. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "