Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Pandu VW Polo Langgar Peronda Polis Mengaku Tidak Bersalah

26 Jun 2015
No Comment


Kuala Lumpur : Seorang pelajar yang didakwa di Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah selepas dikatakan telah merempuh kuat kereta peronda polis dan melarikan diri di bawah pengaruh alkohol.

Lua Norman yang berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Volkswagen Polo berwarna biru telah melanggar kereta peronda yang menyebabkan kecederaan kepada dua anggotanya, di Jalan Pudu di sini, Isnin lalu.

BACA: Identiti Pemandu Volkswagen Polo Langgar Kereta Polis Sudah Dikenal Pasti

Beliau yang kini dalam Program Persediaan Sarjana Muda ke Amerika Syarikat itu membuat pengakuan tidak bersalah tersebut di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi 76 miligram (mg)/100 mililiter (ml) daripada had ditetapkan sehingga sehingga hilang pertimbangan untuk mengawal kenderaan.

Dia kini telah didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda RM20, 000 dan penjara maksimum 10 tahun, jika disabit kesalahan.

Kami pernah menyiarkan video berkenaan dan menjadi viral di laman sosial. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "