Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Malay Mart Tidak Akan Menyerah Kalah Kepada Warga Asing," Luahan Pemilik Kedai Runcit Ini Selepas Diminta Tutup Kedai Oleh Warga Asing

12 Mei 2017
No Comment


Sudah menjadi seperti kebiasaan kini di Kuala Lumpur dan Selangor di mana rata-rata kedai runcit kini telah di monopoli oleh warga asing, ke mana pelusuk atau cerok kita pergi, memang ternyata ianya telah dikuasai mereka.

Sejak semalam menjadi tular di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Azuan Khames di mana beliau telah menceritakan kisahnya selepas pergi ke sebuah kedai runcit.

Apa yang menjadi tanda tanya, beliau terlihat satu tulisan yang menyatakan Malay Mart tidak akan mengalah dengan warga asing, kenapa beliau menaikkan pesanan itu? jom kita baca.


Assalamualaikum semua..tersentak jiwa saya bila baca tulisan ni di luar kedai di kawasan Saujana Utama, Sungai Buluh.

"Malay Mart tidak akan menyerah kalah pada warga asing"..

Bila saya singgah di kedai ni...tuan kedai kongsikan pada saya..ada seorang warga asing mempertikaikan beliau yang masih berniaga disitu walau keuntungan kedai tak seberapa dan minta peniaga kedai ni segera menutup perniagaan kerana tak akan mampu bersaing dengan peniaga runcit warga asing...

soalnya..

1)Wajarkah kita semua di warga asing kan oleh warga asing? ?

2)berdosa kah abg kita tu berniaga di tanah nenek moyang kita??

3) serendah inikah harga diri seorang melayu??

Pesan terakhir abg kedai sebelum saya meninggalkan kedai beliau..

"Abg sekolah tak tinggi dik"

"Dengan cara ni je abg tahu cari makan"

"Walaupun adik beli air je kat kedai abang , abang ucap terima kasih sangat kat adik"



Nak meleleh air mata saya tinggalkan kedai dia..

#savemymalaymart
#saujanautama

- Siakapkeli.my

**Penulisan adalah milik asal penulis, bukan ditulis oleh pihak Siakap Keli.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "