Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Foto Menyayat Hati Anjing Laut Ini Bukti Betapa Bahayanya Perbuatan Membuang Plastik Merata-Rata

11 Mei 2017


Satu foto menyayat hati memaparkan bagaimana seekor anjing laut yang mati sebelum ahli medik berjaya menyelamatkannya minggu lepas.

Menurut Metro.co.uk, badan anjing laut itu dililit oleh satu pita pengikat plastik ketika ia masih kecil. Apabila anjing laut jantan itu semakain membesar dan masih gagal melepaskan dirinya dari plastik itu, pengikat terbabit memotong bahagian lemaknya seterusnya membelah bahagian otot sebelum membunuhnya.

Pita pengikat plastik


Sally Bennet, koordinator di St. Mary's Seal Watch di Whitley Bay, Newcastle, menjelaskan bagaimana orang awam menemui anjing laut itu pada 5 Mei lalu dalam keadaan masih hidup - tetapi dalam sengsara.

"Seorang medik dari British Divers Marine Life Rescue datang, tetapi ketika dalam perjalanan yang mengambil masa setengah jam - anjing laut itu sudah tidak," katanya.

"Jika ia ditemui beberapa hari sebelum itu, mungkin sesuatu dapat dilakukan (untuk menyelamatkannya)."



Semua yang terlibat dalam kes itu berasa dukacita kerana tidak dapat membantu.

"Ini merupakan salah satu kes paling teruk yang kami pernah lihat," kata Sally.

"Ada dalam kalangan sukarelawan yang berpengalaman dalam kes kecederaan haiwan pun tidak sanggup melihat gambar kejadian."

Foto terbabit seterusnya menjadi perdebatan orang ramai.

"Saya selalu memotong pengikat plastik di rumah, tapi itu mungkin tidak mencukupi," komen Tracey Martin.

"Selepas melihat posting ini, saya akan membawa gunting di dalam beg anjing saya dan akan memotong mana-mana pengikat plastik yang saya jumpa di pantai. Tiada haiwan yang perlu sengsara seperti itu."

Pengguna Facebook, Shona Quayle menambah: "Haiwan ini mungkin sudah lama sengsara memandangkan bahagian dalamannya secara perlahan-lahan dicekik oleh sampah manusia. Kita langsung tidak berhak membuatnya seperti itu."

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "