Kediaman Kastam KL Kecoh, Objek Menyerupai Bom Mortar Dijumpai Disebelah Meter Air Rumah Tingkat 11
Petaling Jaya: Seburut bom mortar dipercayai digunakan untuk tujuan latihan telah ditemui oleh penduduk di Blok D Kediaman Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya, hari ini, lapor Harian Metro.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, satu laporan polis telah dilakuakan oleh penduduk dari kawasan perumahan itu, pada kira-kira 8 pagi.
Sebaik menerima laporan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Balai Polis Kelana Jaya dan Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Bom berkenaan ditemui di sebelah meter air di depan unit rumah di tingkat 11 blok itu. Semua penghuni di blok kediaman itu diarahkan untuk mengosongkan unit masing-masing dengan segera.
"Selepas dibuat pemeriksaan awal, bom itu dibawa ke IPK Selangor untuk siasatan lanjut. Belum dapat disahkan sama ada ia masih aktif atau palsu," katanya.
Bagaimanapun kira-kira jam 11.10 pagi, semua penghuni telah dibenarkan memeasuki kawasan rumah masing-masing, sebarang kenyataan belum lagi dikeluarkan samaada ianya bom sebenar atau palsu. - Siakapkeli.my