Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gelagat Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas Ini Datang Ke Bilik Gurunya Mohon Restu SPM Sentuh Hati Ramai Netizen

7 Nov 2017
One Comment

Sejak beberapa hari lalu tular dua buah video yang dimuatnaik oleh seorang guru yang mengajar kelas pendidikan Khas Puan Duzimah Kamaruddin di mana dia tiba-tiba telah didatangi pelajar-pelajar istimewanya itu untuk memohon restu kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video berkenaan telah menjadi tular, gelagat pelajar-pelajar berkenaan dan guru mereka itu ternyata telah menyentuh hati lembut ramai netizen.

Semuanya bermula ketika Cikgu Duzimah yang sedang membuat rakaman latihan kod tangan atau bahasa isyarat di dalam biliknya, tiba-tiba keempat-empat perlajar berkenaan datang menyebabkan rakaman berkenaan bertukar menjadi sesi mohon restu SPM.

Sesi mohon maaf itu dimulakan dengan seorang pelajar bernama Anas, dia dilihat seperti mengalami masalah pendengaran dan sedikit masalah pertuturan mula memohon maaf.

"Cikgu Zimah, Anas minta maaf kalau Anas selalu buat salah ker," katanya disambung dengan beberapa perkataan lain sambil menggaru kepala.

Kemudian Cikgu Zimah pun berkata ''Cikgu Zimah dah maafkan'' tetapi Anas laju mengatakan ''tak dengar, tak dengar tak pakai'' kerana dia tidak memakai alat bantu pendengarannya membuatkan Cikgu Zimah menyuruhkan dia memakai alat berkenaan.

Anas menyatakan dia tidak mahu pakai alat itu kerana takut dia dengar dan menangis nanti, Cikgu Zimah memberi kata-kata semangat kepada anak, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu susah untuk dicapai, dia tetap berbangga walaupun dapat D dalam SPM.

Tetapi anak berjanji dia akan cuba dapatkan C dalam peperiksaan SPM nanti membuatkan Cikgu Zimah rasa terharu.

"Alhamdulillahm alhamdulillah, Cikgu Sayang sanagt-sangat," sambil memeluk Anas.

Kemudiannya, giliran Muhammad Faiz pula meminta maaf, dia yang menggunakan bahasa isyarat memohon maaf kepada Cikgu Zimah.

"Faiz pun sama dengan Anas, tak ada dosa dengan cikgu Zimah, murid-muris Cikgu Zimah tak ada dosa dengan Cikgu Zimah," kata beliau kepada Faiz.

Faiz dilihat telah berkomunikasi lagi dalam bahasa isyarat, tiba-tiba Cikgu Zimah dilihat begitu gembira dan tak sangka akan apa dituturkan oleh pelajarnya itu.

"Allahuakbar, Allahuakbar, dia kata kat akhirat dia nak tarik aku ni masuk syurga, alhamdulillah,'' membuatkan tiba-tiba Cikgu Zimah mengalirkan air mata.



Selepas itu, sesi memohon maaf dilakukan oleh seorang perempuan pula bernama Noor Hafizah Hamzah yang dilihat awal-awal lagi telah mengalirkan air mata.

Bagaimana pun tidak dapat difahami sangat kerana mereka menggunakan isyarat tangan, dan kemudiannya Cikgu Zimah memohon Hafizah memaafkan kerana kekurangannya dalam mengajar mereka selama ini.

Kemudian tiba giliran seorang lagi pelajar bernama Mohammad Haikal yang agak pemalu dan senyap.

Haikal dilihat mendengar nasihat Cikgu Zimah dengan baik dan kemudiannya dia meminta untuk bersalam dengan guru kesayangannya itu.



Ternyata dua buah video ini yang memaparkan guru dan 'anak-anak' istimewanya  begitu menyentuh hati netizen, mereka mungkin tidak sesempurna insan lain, tetapi jika dilihat peribadi mereka cukup hebat.

SK doakan Anas, Faiz, Hafizah dan Haikal berjaya dalam hidup, jadi anak yang baik dan pasti akan membanggakan ibu bapa mereka dalam bidang yang diceburi suatu hari nanti. - Siakapkeli.my

Tulisan di Facebook Anas

*Aku yang menulis mata berkaca la pulak..huhuhu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "