Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Cara Pantas Dan Berkesan Dalam Mencari Maklumat Dengan Menggunakan Google, Di Mana 96% Orang Tidak Mengetahui Akan Cari Ini

4 Nov 2016
No Comment


Jika pada permulaan adanya internet di Malaysia, Yahoo merupakan salah satu enjin carian yang sering digunakan oleh semua orang, ianya salah satu cara yang mudah dalam mencari maklumat yang diperlukan, dengan hanya memasukkan kata kunci untuk sesuatu perkara.

Namun begitu, semakin era membangun, kita mula didedahkan dengan enjin carian yang lain seperti Google. Kebanyakan daari kita pada masa kini akan menggunakan aplikasi web Google dari mencari apa sahaja, dan jika menggunakan telefon pintar sekali pun, kita turut menggunakan enjin carian Google.

Tetapi, tahukah anda, terdapat beberapa langkah yang anda boleh gunakan untuk mencari maklumat dengan enjin carian Google ini. Admin kongsikan 10 cara yang anda boleh gunakan, dan hanya 4% sahaja yang mengetahui cara ini. Jom kita tengok, perkongsian dari laman Bright Side.



10 Cara Untuk Mencari Maklumat Menggunakan Enjin Carian Google, Yang Mana 96% Orang Tidak Mengetahui Cara Ini

Pada zaman kini, di mana teknologi canggih dan sambungan Internet kelajuan tinggi sudah menembusi hampir ke seluruh dunia, anda sudah boleh mencari tentang apa sahaja. Dalam tempoh hanya beberapa minit, kita boleh mencari resepi pai yang lazat, atau belajar mengenai teori fizik.

Namun, anda akan mendapat terlalu banyak maklumat melalui carian yang dibuat, dan ianya bukan mengambil masa beberapa minit untuk mencari yang sebaiknya, tetapi akan memakan masa sehingga berja-jam lamanya. Jadi, bagi memudahkan proses pencarian, Bright Side senaraikan kaedah paling berkesan untuk carian Google.


1. Sama Ada Ini Atau Itu

Kadang kala kita tidak pasti carian yang spesifik mengenai apa yang kita perlukan, tetapi, ianya tidak memberi masalah. Anda boleh sahaja memasukkan beberapa pemboleh ubah yang berpotensi untuk menjadi carian anda, masukkan simbol "|", atau anda boleh juga menggunakan "atau" / "or". Anda sudah boleh mengetahui, apa yang anda inginkan selepas itu.


2. Mencari Menggunakan Sinonim

Bahasa kita kaya dengan sinonim. Kadang-kadang ia boleh menjadi sangat mudah apabila membuat penyelidikan di atas talian. Jika anda perlu mencari laman web mengenai subjek tertentu dan bukannya frasa mengenai perkataan tersebut, tambah simbol "~" dalam carian anda.

Sebagai contoh, jika anda mencari istilah "healthy~food" anda akan mendapat hasil kira-kira prinsip-prinsip pemakanan sihat, resipi memasak, serta pilihan tempat makan yang sihat.


3. Mencari Laman Web

Kadang-kadang anda membaca satu artikel yang menarik di laman web dan anda ingin kongsikan bersama rakan anda, atau ingin membacanya semula. Cara paling mudah untuk mencari maklumat yang anda inginkan, adalah dengan mencari laman web tersebut. Untuk melakukannya, taip alamat laman web tersebut, kemudian masukkan perkataan utama atau keseluruhan ayat daripada artikel itu, dan apa yang anda inginkan akan terus ditemui.


4. Kuasa Asterisk

Sudah semestinya kita sukar untuk mencari maklumat yang ada, jika ingatan kita mengenai sesuatu perkara itu hanya samar-samar sahaja. Jika ini menjadi penghalang, anda boleh gunakan simbol yang agak berkuasa ini, iaitu "*". Hanya dengan menggunakan simbol di akhir perkataan atau ayat yang anda tidak boleh ingat, anda sudah mampu untuk mencari maklumat yang anda inginkan.


5. Apabila Banyak Perkataan Yang Lupa

Jika perkataan yang anda lupa adalah melebihi separuh dari keseluruhan ayat, anda boleh mencuba dengan menulis perkataan yang pertama dan terakhir untuk ayat tersebut, masukkan "AROUND + (anggaran perkataan yang hilang)" di antara mereka. Sebagai contoh, "kera di AROUND(4) kelaparan".


6. Carian Menggunakan Tempoh Masa

Ada ketikanya kita memerlukan pencarian segera akan sesuatu peristiwa yang berlaku di antara tempoh masa tertentu. Untuk berbuat demikian, anda boleh menambah tempoh masa dengan menggunkan tiga titik di antara tarik tersebut. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui mengenai sejarah Kuala Lumpur dari tahun tertentu.


7. Mencari Tajuk Atau URL

Untuk membantu mencari kata kuci, dan tajuk bagi sesuatu artikel, taipkan "intitle:" sebelum perkataan berkaitan apa yang diingini, tanpa anda ruang antara perkataan tersebut. Jika ingin mencari URL pula, gunakan "inurl:"


8. Mencari Laman Web Yang Sama

Jika anda telah menemui sesuatu yang anda benar-benar suka di atas talian, dan ingin mencari laman web yang sama, taip "related:" dan alamat web tersebut, sekali lagi tanpa ruang di antara mereka.


9. Ayat Penuh

Dengan menggunakan pembuka dan penutup kata bagi ayat, ianya adalah cara yang mudah dan berkesan bagi mencari sesuatu yang spesifik dan mengikut carian seperti susunan perkataan tersebut.

Sebagai contoh, jika anda membuat carian, dengan tidak menggunakan pembuka dan penutup kata, carian anda akan meliputi keseluruhan perkataan tersebut, dan ianya tidak seperti yang anda inginkan.

Tetapi, jika, anda menaip "Jam Di Dinding Terus Berdetak" dalam tanda petikan, anda akan menjumpai carian yang di dalam petikan itu sahaja. Ia adalah cara terbaik untuk mencari lirik lagu, apabila anda hanya mengingati sebaris lirik sahaja.


10. Perkataan Carian Yang Tidak Perlu

Untuk meengeluarkan perkataan yang anda tidak inginkan dari carian anda, hanya tambah simbol 'tolak' sebelum setiap perkataan. Contohnya, jika anda ingin mencari buku yang menarik, tetapi tidak ingin membelinya, anda boleh tulis seperti: interesting books -buy

Jadi, anda sudah boleh untuk mencari maklumat dengan mudah selepas ini, dengan adanya 10 cara ini. Sudah pasti anda akan tergolong di antara 4% manusia yang mengetahui cara ini. Jom kita mulakan carian dengan lebih mudah dan sistematik. - Siakap Keli

BACA: Mengapa Gambar & Video Yang Diambil Guna Telefon/Kamera Disimpan Dalam Folder DCIM? Ini Sebabnya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "