Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lembu Besar Tapi Daging Sikit? Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagaimana Mahu Membeli Lembu Dengan Daging Yang Banyak

6 Sep 2017

Aidiladha baru saja lepas. Pasti ada dalam kalangan kita yang telah melaksanakan ibadah korban kan? Anda pasti pening memikirkan bagaimana mahu memastikan lembu yang dibeli untuk korban tersebut adalah yang terbaik.

Seorang lelaki telah berkongsi panduan bagaimana mahu memilih lembu yang sesuai bagi mendapatkan jumlah daging banyak. Perkongsian lelaki ini mungkin agak lewat memandangkan Aidiladha sudahpun berlalu, namun tips-tips yang beliau kongsikan boleh dijadikan panduan untuk masa hadapan.

Jom ikuti perkongsian lelaki ini yang dikenali sebagai M Firdaus Baharuddin di laman sosialnya.

Saya tahu dah terlambat untuk upload post ini

Tapi saya nak juga upload untuk panduan sahabat yang nak beli lembu untuk buat korban atau akikah bahkan untuk kenduri nikah kahwin selepas ini.

Saya upload sebab saya sedih dengan kualiti lembu yang dibekalkan ke banyak surau masjid untuk kerja korban saban tahun.

Saya beri contoh di dalam gambar di bawah.

Lembu 1 (warna merah) - Tubuhnya besar tapi dagingnya sikit. Beratnya pada tulang dan lemaknya saja. Lembu begini saya taksir hanya 25% saja dagingnya yang boleh kita dapat. Maknanya jika beratnya 300kg, lebih kurang hanya 75kg daging saja yang kita mampu edarkan.


Lembu 2 (kurus ya amat) - Semua kita tahu buat malu kaum saja buat korban dengan lembu begini. Nak jadi macam kisah Qabil ke? Nak serah pada Allah lembu yang hidup segan, mati tak mahu begini? Daging? Anggap tiada saja senang.


Lembu 3 (hitam kelabu) - Ini lembu yang baik. Pahanya penuh daging, lapah nanti daging tak jatuh. Batang pinang penuh. Lihat pada bahagian atas peha belakang dan tulang belakang, padat daging pinangnya di situ.


Saya anggarkan kita boleh dapat purata 35% daging dari lembu ini. Maknanya jika beratnya 300kg, kita boleh dapat 110kg daging bersih.

Nampak bezanya di situ?

Ada beberapa faktor pemilihan lembu yang bagus:

> Banyak daging a.k.a 'tembun'

> Batang pinang penuh

> Daging peha tak jatuh

> Ratio daging-tulang yang baik

> Dan sebagainya perlu diambil kira semasa memilih lembu korban.

Kerana itu, kita kena ke kandang untuk pilih lembu untuk tujuan ini.

Timbul masalah lain pula bagi mereka yang sudah ke kandang pilih binatang korban - lembu tak sama dengan yang dipilih & diakad.

Saya biasa lihat dan marah kepada penternak yang suka hati tukar lembu yang sudah diakad jual beli.

Alasan mereka yang klasik:

- Cat tanda hilang

- Terlepas pandang

- Lembu banyak sangat

- Bahkan ada sebab orang lain bayar lebih

Lebih memburukkan keadaan, ada penternak lembu yang jual lembu timbang kilo bertindak menembak air paip masuk ke dalam perut lembu untuk menaikkan berat lembu semasa timbang.

Bila pembeli dapat lembu yang dah kencing beberapa kali selepas 1 hari, air yang berpuluh kilo dah dikencing keluar oleh lembu. Dapatlah lembu yang sebenar - tak berat macam tu pun. Pembeli bayar RM20/kg air sebenarnya. Dia dah kena 'kencing lembu' rupanya.

Tapi... Padan dengan sikap kita yang suka nego harga sampai 'rapat lantai'. Penternak nak makan apa? Mereka juga buat bisnes, kena ada untung.

Tak masuk lagi segelintir AJK masjid yang minta komisyen sebab tolong uruskan pembelian lembu.


Bagaimana saya tahu semua ni?

Kapasiti saya sebelum ini terlibat menguruskan kandang kuarantin lembu, pemilihan lembu di Thailand, bawa masuk lembu ke Malaysia, beli lembu di ladang tempatan, membuka kilang makanan ruminan, buka kandang, jual lembu ke masjid/surau dan sebagainya hal lembu-melembu ni.

Ini saya tak cerita lagi perangai segelintir staf Jabatan Veterinar yang suka makan duit tepi untuk cek kesihatan haiwan di kuarantin dan sebelum keluar kandang untuk dijual.

Lebih menarik, sikap beberapa pegawai kastam di border pun minta duit tepi nak bagi lepas treler-treler yang bawa lembu masuk dari Thailand.

Habis syubhah haiwan korban kita.

Allahu.. Semua berlaku depan mata dan saya experience sendiri hal ini. Dan ini antara sebab saya stop buat kerja bawa masuk lembu dan uruskan lembu import untuk korban.

Kerana itu saya selalu sarankan ambil saja haiwan korban yang dilahirkan, diternak dan dibesarkan oleh penternak tempatan. Ia lebih 'bersih' untuk kita buat ibadah, bahkan untuk bagi makan pada keluarga kita.

Saya sendiri suka buat korban atau akikah dengan kambing atau kibas tempatan kerana nak elak hal ini berlaku kepada darah daging saya.

Dah tahu 'dark side' dan 'dirty little secret' industri lembu korban? Terkejut? Saya juga sebelum ini sama seperti sahabat lain.

Sumber : M Firdaus Baharuddin 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "