Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

15 Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Jika Mahu Membeli Rumah Apartmen Untuk Elak Kerugian Di Belakang Hari

6 Sep 2017

Bila disebut berkaitan hartanah, semua orang ingin memilikinya kerana dengan adanya hartanah kita boleh mendapatkan duit tambahan.

Hartanah merangkumi pelbagai jenis antaranya; rumah dan tanah yang majoritinya ingin dimiliki oleh semua orang.

Namun demikian, dengan kepesatan pembangunan negara yang semakin maju di negara kita, pembikinan-pembikinan rumah dalam kawasan bandar mahupun luar bandar mula dilaksanakan kepada sistem-sistem yang berbentuk apartmen.

Hal ini adalah untuk menjimatkan ruang tanah yang terhad khususnya di kawasan bandar.

Oleh yang demikian, sebelum kita membeli rumah yang berbentuk apartmen, sudah seharusnya kita menitikberatkan beberapa perkara yang boleh memudahkan serta tidak menyusahkan kita dikemudian hari.

Apa salahnya kita ikuti tips-tips atau panduan membeli apartmen yang dikongsikan oleh Dr.Azizul Azli Ahmad ini.

15 Panduan Membeli Rumah Apartmen

1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.

2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.

3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.

4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti.


5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut.

6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan  😜

7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.

8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu.



9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8'kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak putus jari.

10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu.




11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lif selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia.

12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?

13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.

14. Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga.



15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bayar duit selengara.

Kredit: Azizul Azli Ahmad

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "