Jack Ma Bersetuju Jadi Penasihat Ekonomi Digital Malaysia, Setuju Untuk Datang Malaysia Mac Ini
Beijing, 4 Nov - Pengasas Alibaba, Jack Ma bersetuju untuk menjadi penasihat kepada ekonomi digital kerajaan Malaysia, kata Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
“Kita akan bekerjasama dengan Jack dalam perjalanan ke arah masa hadapan”, kata Najib.
Beliau turut menambah bahawa Jack Ma turut bersetuju untuk datang ke Malaysia untuk menghadiri perasmian E- Free Trade Zone pada Mac.
Sebelum ini, timbul ura-ura yang mengatakan bahawa Jack Ma akan dlantik untuk jawatan itu sekaligus menimbulkan sambutan baik dari rakyat Malaysia.
Sumber: Wiser.my