Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nampak Kerja 'Pilot' Memang Indah Dalam Drama, Pilot Ini Kongsikan Pengalaman Sebenar Kehidupan Sebagai Juruterbang

4 Nov 2016
No Comment
Mungkin ramai masih bercerita kisah drama percintaan pilot dengan isterinya yang berakhir semalam, nampak romantikkan?

Kisah itu memaparkan betapa seronok dan indahnya bekerja sebagai seorang pilot, hidup mewah, pergi pagi pulang petang hari-hari disebalik kisah ego percintaan.

Namun itu hanyalah dalam drama yang memang diolah untuk menyedapkan cerita, bagaimana pula kehidupan sebenar seorang pilot? jom kita baca artikel yang ditulis oleh The Pilot ini kisah sebenar kehidupan seorang pilot atau juruterbang.

Pilot Realiti dan Pilot TV

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.. "
~Imam Syafie~

1. Nampak memang seronok dan indah. Dalam drama, mereka tunjuk Pilot tarik beg, berlegar legar di airport, jumpa jodoh, borak borak cinta, cewah! Hakikat yang tidak diketahui ialah kehidupan seorang pilot sebenarnya proses pembelajaran yang berterusan, sejak dari flying school, belajar, ujian, belajar, ujian tak habis-habis. Pendek kata memang tak boleh dipisahkan sampailah dia pencen nanti.



2. Semasa di flying school dia perlu belajar dalam kelas ground school untuk melalui exam PPL, CPL dan ATPL. Setiap ujian ini mengandungi 5 ke 8 subjek yang perlu dijawab dengan lulus. Markah lulus pula ialah 80%! (Lulus 80%?? Ya betul, itulah jangan tak tahu ya. Asyiklah sangat tengok tv tu.) Selain itu, dia perlu mempelajari type tech yang menjurus kepada mempelajari sistem pesawat dan limitation. Dia juga perlu mempelajari SOP mengendalikan pesawat single engine dan multi engine serta ujian menerbangkan pesawat.



3. Setelah dia melaporkan diri pada airline tertentu, dia kena mempelajari sistem pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737. Manual untuk mengendalikan pesawat ini pula ada sebanyak 7-10 manual setebal 4 inci. Latihan demi latihan dalam simulator dia jalani sehinggalah dia boleh mengendalikan simulator dengan baik. Latihan ini termasuk latihan kecemasan seperti membuat takeoff dan landing bagi pesawat yang mengalami kerosakan enjin, 'decompression' dan sebagainya.

4. Ujian SEP (safety emergency procedure) bagi proses meninggalkan pesawat selepas melakukan pendaratan cemas, berenang, berkumpul, mengendalikan penumpang yang bermasalah, mengendalikan ancaman bom, mengendalikan penumpang sakit, keupayaan survivor di hutan, laut dan banyak lagi, ini pula dijalani setahun sekali.

5. Paling lumrah dalam kehidupan seorang pilot ialah dia kena menghadapi 'base check' dua kali dalam setahun ataupun lebih tepat lagi ialah pada setiap 6 bulan. Macam peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun lah kiranya base check ini. Ujian seperti normal procedure dan abnormal procedure diuji dalam simulator (model pesawat yang boleh bergerak 3 paksi di dalam sebuah dewan tertutup). Biasanya dijalankan dalam 3 hari termasuk ulangkaji CBT(computer base training)

6. Satu lagi ujian yang perlu dilalui oleh pilot ialah English Proficiency. Ujian ini baharu sahaja diperkenalkan pada 2010. Bagi yang mencapai Level 4, perlu menduduki ujian setiap 3 tahun, Level 5 setiap 6 tahun dan Level 6 pula tidak perlu lagi seumur hidup! :)



7. Kelas CRM (crew resource management) di jalankan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan Airline tersebut. Ia juga adalah satu cara bagi memberi latihan kepada pilot dan krew kabin terutamanya bagi mengendalikan SOP normal dan abnormal. Isu-isu terkini akan disentuh bagi mencegah 'incident' dan 'accident' dan menambah kecekapan penerbangan.

8. Setiap tahun, pilot perlu melalui ujian kesihatan. Kita maklum bahawa ia penting bagi memastikan keupayaan kesihatan juruterbang yang baik bagi mengendalikan beratus-ratus penumpang. Saya pasti anda mahu pesawat yang dikendalikan oleh pilot yang sihat bukan?

9. Oh ya, ada satu lagi ujian yang perlu dijalani setiap tahun oleh pilot. Ia dipanggil 'line check'. Ujian ini dijalankan pada pesawat sebenar, bagi memastikan pilot mengikut SOP ataupun standard operation procedure yang terkini. Seorang instructor yang juga seorang captain, akan duduk di dalam kokpit dan memerhatikan bagaimana pilot mengendalikan pesawat.

10. Nah, jika anda berjaya membaca sampai ke poin yang ke 10 ini, saya pasti anda adalah seorang yang cekal dan boleh mengikuti latihan sebagai seorang pilot. Saya doakan anda berjaya. Jumpa anda nanti setelah anda menyarungkan jersi eh, maaf, uniform seorang juruterbang :) ehem ehem.
Sekarang anda telah pun ketahui serba sedikit walaupun bukan semua, bagaimana kehidupan Pilot Realiti vs Pilot Fiksyen. Ingat akan kata-kata imam Syafie pada awal artikel ini...

Sekian,

~Drebar Bus~

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "