Kilang Mee Kuning Diserbu Guna Logo Halal Tidak Diiktiraf JAKIM
SHAH ALAM, 2 Dis - Sebuah kilang membuat mee kuning dan kuew teow diserbu dan disita oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu serbuan semalam kerana menggunakan logo yang tidak diiktiraf oleh Jabatan tersebut.
Serbuan tersebut dibuat sekitar jam 11.40 pagi di kilang tersebut di Kampung Baru Sungai Buloh disini.
Apa yang mengejutkan nama yang tertera pada bungkusan dua produk itu menggunakan nama lelaki melayu dipercayai digunakan untuk mengaburi pembeli beragama Islam di negeri ini.
Ketika serbuah, beberapa pekerja warga Bangladesh juga dikesan tidak menggunakan sarung tangan dan peralatan yang sesuai ketika memproses mee tersebut.
Kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim, serbuah dibuat berdasarkan maklumat awam.
Menurut beliau, premis tersebut diserbu kerana menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf, iaitu logo Islamic Food Research Centre (IFRC).
“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan di premis itu, sebanyak 2,320 pek mi kuning, 711 pek kuetiau dan 45 roll label pembungkus mi dan kuetiau didapati telah menggunakan logo IFRC.
“Kesemua barangan berkenaan disita dan dibawa ke gudang sitaan milik Jakim,” katanya memetik laporan Sinar Online. - Siakapkeli.my
tunjuk laa produk apa at least kami tahu kami x beli produk tersebut
BalasPadam