Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sumber Dedah 13 Pilot AirAsia Selsema Bukan Satu Kebetulan Tetapi Dirancang

2 Dis 2015
No Comment

Berikutkan isu kapal terbang milik AirAsia Bhd yang menangguhkan beberapa pejalanan Isnin dan semalam membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa ianya boleh terjadi.

Jawapan yang diberikan oleh pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes di laman Twitternya mengatakan kelewatan dan pembatalan adalah disebabkan 13 orang juruterbang jatuh sakit dengan selesema.

Memetik laporan Malaysiakini, dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu kerana masalah operasi.

AirAsia, kata kenyataan itu sedang mencarai penyelesaian untuk memastikan semua tetamu menikmati perjalanan yang lancar.

"Semua tetamu yang terjejas telah dimaklumkan dengan sewajarnya dan bantuan sedang disediakan. AirAsia ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa satu sumber dalaman AirAsia mendedahkan bahawa 13 orang juruterbang yang dikatakan sakit serentak itu sebenarnya bukan satu kebetulan tetapi satu rancangan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati juruterbang kepada pihak pengurusan.

Ramai daripada juruterbang syarikat penerbangan itu dikatakan tidak berpuas hati mengenai keadaan kerja, khususnya berhubung jadual penerbangan yang ketat serta tahap gaji yang tidak setimpal.

"Ramai yang bosan kerja di sini. Jadi banyak ambil cuti sakit untuk membuktikan sesuatu. 13 juruterbang jatuh sakit dan syarikat bakal rebah," kata sumber itu.

Apabila ditanya kenapa syarikat tidak memanggil juruterbang 'standby', sumber berkenaan berkata, ramai juruterbang telah meninggalkan syarikat berkenaan, jadi mereka kekurangan juruterbang.

Ramai juruterbang tidak berpuas hati dengan persekitaran kerja dalam AirAsia dan cara mereka melayan juruterbang dan anak kapal( bekerja terlalu keras) dan ada fleksibiliti.

"Mereka terlalu letih tetapi terpaksa bekerja lebih masa atau gaji terpaksa menerima gaji yang sedikit, pihak pengurusan sebelum ini ada menaikkan sedikit gaji tetapi amsih jauh dengan gaji yang ditawarkan berbanding dengan syarikat penerbangan lain," kata sumber kepada Malaysiakini dan KiniBiz.

AirAsia tidak mempunyai kesatuan pekerja sehingga tidak ada cara untuk juruterbang atau mana-anak kapal untuk menjelaskan ianya mogok rasmi yang menyebabkan kenapa juruterbang memilih untuk mengambil cuti sakit pada waktu yang sama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "