Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Redakan Sakit Tekak & Batuk Dengan Gula-Gula Ala Strepsil Ni, Boleh Buat Sendiri Je

17 Ogo 2017
2 ulasan

Mungkin ramai di antara kita yang gemar mengemam gula-gula berangin bila mana tekak rasa gatal-gatal atau tak selesa, lebih-lebih lagi di awal permulaan batuk.

Kita mungkin lebih selesa untuk makan gula-gula sakit tekak tersebut kerana ianya tidak memberi kesan mengantuk, malah lebih beri kesegaran kerana rasa dingin gula-gula itu.

Bagi yang sering alami batuk-batuk, dan tidak mahu membeli gula-gula seperti hacks atau strepsil, boleh cuba buat sendiri gula-gula tersebut, seperti yang dikongsikan oleh Rusmida Rusdi ini, yang mana dengan gunakan bahan-bahan yang mudah didapati, dan kebanyakannya ada di rumah dah boleh buat gula-gula tersebut.

Jom kita tengok macam mana nak buat.


DIY UBAT BATUK SEBIJIK STREPSILS!

Sakit tekak campur batuk memang perit. Nak nak korang mesti nak jimat. Nah ambik ni. Fuhhh berangin lega tekak.

Guna bahan kat dapur aje..

Bahan

Halia muda belia - 1 ketol
Gula - 1 cawan tea
Serbuk cengkih - secubit
Madu - 1 sudu besar
Lemon - 1/2 bijik
Air - 1 cawan tea

Pssst *cawan tea* tu cawan yang korang minum tea pepagi tu. Jangan pi tambah serbuk tea pulak. Haru!


Cara-cara

1. Buang kulit halia, potong nipis dan tumbuk hancur.

2. Masukkan halia, gula, air, madu, secubit serbuk cengkih dan lemon. Eh! kire masuk semua bahan la senang.

3. Biar sampai mendidih. Kaler pun dah cun. Tutup api, pastu biar kan sejuk jap.

4. Boleh bentukkan gune hujung sudu. Tabur powder gula last sekali.

Tadaaaa. Simpan la mane-mane tempat yang mudah ingat. Koh koh ambik je dalam peti ais. Senang mudah jimat.

Signature,
Mida💁

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "