Anak kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Hasmiza Othman iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B telah memberi 'amaran' kepada lelaki yang cuba mendekati ibunya supaya menghentikan niat berkenaan.
Memetik laporan mStar Online, Cik B menyuarakan amaran itu dalam sebuah video yang telah dimuatnaik ke laman Instagram milik Datuk vida.
Dalam video itu, Cik B memakai kostum ala perisai berserta cermin mata hitam seakan-akan memberi amaran kepada mana-mana lelaki agar tidak mendekati ibunya.
“Ini baju perisai saya. Muka saya macam siapa? Anda dah tahu.
“Jangan siapa-siapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi,” katanya.
Cik B juga berkata, semua lelaki yang cuba mendekati ibunya kini hanya sekadar mahukan perhatian dan kemewahan dimiliki ibunya.
“Siapa-siapa pun semua nak perhatian, nak duit. Saya tahulah!
“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glamer, nak kaya, nak duit?, saya dah jadi samurai dah, ada tengkorak, segala ni,” katanya seolah-olah memberi gambaran bahawa Cik B bersedia melindungi ibunya.
Menurut Datuk Vida, Cik B memang seorang anak yang terlalu sensitif dan sentiasa akan melindungi dirinya.
"Saya tahu dia memang suka hasil dan edit video sendiri. Tapi tak sangka pula dia buat video sedang marah, siap pakai kostum ala perisai. Dia memang sangat protective," katanya.
Datuk Vida menjelaskan video itu dihasilkan oleh Cik B kerana naik angin dengan lelaki yang cuba mendampingi dirinya.
"Dia tahu saya tengah down sejak pelbagai cerita negatif mengaitkan nama saya baru-baru ini.
"Mungkin itu cara dia nak meluahkan perasaan yang terbuku di hati kepada mereka di luar sana yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan mengaitkan nama saya," katanya. - Siakapkeli.my
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadamAgen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C