Mungkin perkara tidak diingini tersebut berlaku bukanlah sengaja, lebih-lebih lagi perlu berkejaran untuk memastikan segalanya berjalan lancer mengikutu ‘itinerary’ yang dirancang.
Sekiranya, ketika ‘travel’ ke Jepun, dan ada perkara yang tidak diingini berlaku, yang mana tertinggal atau terlepas untuk menaiki pengangkutan awam, kita pasti perlu mencari tempat tinggal, atau ‘hostel’ untuk bermalam.
Menerusi oerkongsian dari saudara Wan Irfayuim Azim yang kini sedang mengembara di Jepun, dia telah kongsikan tempat penginapan yang boleh dijadikan sebagai penginapan kecemasan sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.
Apakah tempat tinggal tersebut? Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Seperti mana yang semua sedia maklum, penginapan di Jepun amatlah mahal berbanding dengan negara-negara lain tambahan lagi bila mengembara sendirian.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 1995, Internet & Manga Cafe di Jepun bukanlah sekadar tempat bagi melayan internet dan membaca komik, tetapi boleh dianggap sebagai tempat persinggahan atau juga hostel sementara.
Teknik menyewa Internet & Manga Cafe ini sangat sesuai di mana keadaan terdesak seperti terlepas keretapi terakhir, harga hostel yang mahal dan sebagainya. Saya memilih untuk bermalam di Internet & Comic Cafe bagi hari ini disebabkan oleh 'golden week' di Jepun iaitu cuti sekolah menyebabkan semua harga penginapan meningkat naik 20-60% dari hari biasa.
Bagi sesetengah nihonjin (penduduk Jepun) juga mereka menggunakan Internet Cafe ini juga sebagai tempat persinggahan selain dari melayari internet.
Bagi pertama kali menggunakan khidmat Internet Cafe, anda diharuskan untuk daftar sebagai ahli sebanyak 250-400¥. Dan bagi yang sudah mempunyai kad keahlian (bagi yang biasa bermalam/berehat) hanya perlu bayarkan harga berapa jam yang ingin digunakan.
Harga bagi Internet Cafe pula adalah 100¥ bagi 30 minit dan harga akan meningkat naik sehingga 900-1500¥ bagi 3 jam. Dan bagi yang ingin bermalam, memadai untuk ambil pakej 7 jam atau 12 jam yang kebiasaannya berharga 1600-3000¥.
Harga juga berbeza mengikut pada siang dan malam. Kebiasaannya harga siang lagi murah daripada malam. Saya menyewa satu slot bilik bagi 12 jam dengan harga 1649¥ (RM66) dan kad keahlian sebanyak 300¥ (RM12).
Setiap lot bilik yang diberi hanya dibenarkan untuk seorang sahaja pada satu masa. Lot bilik lebih kurang 10 ft x 10 ft membolehkan anda untuk rehat dan juga solat. Tiada siapa akan kacau bila dah masuk ke dalam lot bilik dan kita juga tidak dibenarkan untuk membuat bising bagi menghormati yang lain. Anda boleh memilih untuk dapakan lot bilik merokok atau tidak.
Free-flow drink
Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan 'printing' dan storage bagi bagasi anda. Tandas juga disediakan dan ianya percuma tapi bagi tempat mandi pula biasanya akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 100-500¥.
Apabila mendaftar masuk, anda bebas keluar masuk seperti hostel tanpa perlu memikirkan untuk bayaran tambahan. Comic dan DVD adalah percuma dan dihadkan bagi beberapa buah dan ianya sudah termasuk di dalam caj servis sewa internet cafe.
Internet & Manga Cafe tiada dalam carian booking.com , agoda dan sebagainya. Ianya bukan hostel,hanya tempat persinggahan.
Akhir sekali, Internet Cafe bukanlah pilihan terbaik bagi yang inginkan cara berbackpackers, ianya hanya salah satu cara bagi mengelakkan tidur secara gelandangan di lorong-lorong yang akan mencacatkan mata pandangan orang Jepun terhadap orang Malaysia.
p/s: harga bilik di Okinawa pada golden week meningkat sehingga 7900¥ (RM320) satu malam membuatkan aku terpaksa tidur di internet cafe.

Bayaran bagi menggunakan shower room tempat aku adalah 300¥ (Rm12)
Bilik rokok dan bilik yang tak boleh merokok. Harga sama
Selfie di dalam bilik internet cafe.
Bilik yang agak luas dan selesa. Mempunyai bandal dan kerusi yang boleh laras.
Buku-buku comic boleh dipinjam secara percuma. Tetapi semuanya dalam bahasa jepun
Pura-pura tidur. Boleh laa dari tido di jalanan mencacatkan mata dan menyeksa diri sendiri.
Jika berdaftar masuk bermula dari 8.00 pagi - 2.00 petang lebih murah berbanding daftar masuk 7.00 - 5.00 am.
Snek dan juga instant noodle