Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak murid supaya mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna di satu masa kelak.
Namun, cara seorang guru ini melembutkan hati anak muridnya yang keras kepala sangat mengagumkan.
Menceritakan kisah yang berlaku pada 2014 itu, guru yang menggunakan akaun Twitter @Encikgu_ berkata dia ditugaskan untuk mengajar kelas yang paling belakang sekali.
Menurut Encikgu_ lagi, kedegilan anak-anak muridnya untuk belajar menyebabkan guru-guru lain berputus asa. Disebabkan itu, dia terpaksa membuat sesuatu untuk merubah keadaan. @Encikgu_ terfikir cara untuk mendidik pelajar-pelajar ini adalah dengan cara 'merotan'.
Bagaimanapun, disaat rotan dibidas, semua pelajar terkejut... dan ada yang menangis.
@Encikgu_ juga turut berkata kepada pelajar-pelajar di luar sana bahawa yang menyebabkan mereka gagal adalah kerana guru yang berputus asa. Disebabkan itulah dia merotan diri sendir.
Tambah @Encikgu_ lagi, permainan psikologi itu berjaya dan anak-anak muridnya mula menunjukkan perubahan.
Sumber: @Encikgu_