Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isteri Kalau Kuat Membebel, Bila Dia Senyap, Suami Tolong Jangan Kacau, Kenapa? Baca Pesanan Ini

1 Nov 2016
No Comment

Wanita, selalu dikaitkan dengan kuat membebel, walaupun tidak semua, tetapi itulah perbuatan yang selalu dikaitkan dengan wanita, terutamanya yang sudah mempunya tanggungjawab dan keluarga.

Kadangkala kita bertanya "kenapalah awak ni suka sangat membebel?" kan? Atau juga kita berkata "Awak ni tak habis-habis nak membebel la". Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

Perlu diketahui bahawa, seseorang itu membebel sudah pasti ada sebabnya, mereka bukan sengaja mahu membebel, ianya sebagai tanda mereka sayang kita, mereka ambil berat, mereka meluahkan perasaan, sebagai tanda protes dan lain-lain lagi.

Untuk suami, wanita yang menggunakan facebook bernama Dakota Dykia telah memberikan pesanan, kalau isteri anda kuat membebel tiba-tiba dia senyap, tolong jangan ganggu mereka, kenapa? jom kita baca.

Husband tanya, kenapa aku kuat bebel. Satu benda silap, macam buntut ayam mulut aku jadinya. So aku pun beri pencerahan...

Aku kan perempuan. Otak aku kompleks. Semua benda nak fikir serentak. Walaupun nampak aku macam innocent je tengah basuh periuk kat sinki, tapi aku sebenarnya tengah fikir

- kain dalam mesin belum sidai

- hari nak hujan, nanti kain lembap

- kena keringkan di laundry shop

- sebelum pergi kena masak dinner dulu

- malam nanti nak masak ikan stim halia

- halia dah habis kot..japgi nak cari

- alang-alang nak pergi kedai, boleh beli tepung

- tapi minyak kereta dah nak abis, kena isi

- nak pegi Petronas di Sg. Lalang ke, Taman Ria

- kalau pegi Taman Ria boleh beli air jagung

- air jagung dgn rojak buah best ni

Kau tengok! Tu baru part basuh 1 periuk. Belum masuk part basuh sudu. Ha, camne mulut tak pot pet. Jangan ganggu konsentrasi aku untuk berfikir dengan tenang..haha.

Jadi, bila bini tengah diam..jangan kacau. 

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "