Namun begitu, tidak semua bahan masakan sesuai untuk diletakkan di dalam peti sejuk, ada di antaranya akan mudah rosak atau mengurangkan rasa bahan tersebut.
Jadi, admin ingin kongsikan, 12 bahan yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk, walaupun anda rasakan perlu. Jom kita tengok perkongsian dari laman Tip Hero, mana tahu barang tersebut sudah pun berada dalam peti sejuk di rumah anda.
Mari kita cuba buat eksprimen sekarang, cuba anda buka peti sejuk, dan lihat di dalamnya, adakah anda mempunyai banyak ruang lagi untuk menyimpan makanan? Sudah pasti tidak bukan. Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya banyak bahan makanan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, dan ya, senarai di bawah adalah barang yang dilarang sama sekali untuk berada di dalam peti sejuk.
Bawang
Cuba anda periksa di dalam peti sejuk rumah anda, mesti terdapat bawang kan? Jika ya, keluarkan bawang tersebut dari peti sejuk dengan segera. Ianya bukan sahaja akan cepat rosak, tetapi juga menyebabkan peti sejuk anda berbau tidak enak.
Biarkan sahaja bawang putih berada di luar, di simpanan pantri anda. Peti sejuk akan menyebabkan rasa bawang putih menghilang, melalui ulas bawang putih tersebut.
Menyimpan bahan masakan yang telah dibakar di dalam peti sejuk lebih cenderung untuk mempercepatkan proses makanan menjadi basi, berbanding tinggalkannya di luar. Tetapi jika anda ingin menyimpan makan tersebut lebih lama, lagi baik jika disimpan di dalam freezer.
Menyimpan kacang kering dalam peti sejuk bukan sahaja menghilangkan rasa, ia juga boleh menyebabkan mereka mula bercambah. Kacang kering baik disimpan di atas rak!
Satu lagi kejutan! Serbuk kopi sebenarnya akan kekal lebih baik dan bertahan lama, apabila disimpan di dalam bekas kedap udara yang tertutup. Jika diletakkan di dalam peti sejuk, kopi akan kehilangan rasa dengan lebih cepat.
Apabila ditinggalkan di dalam persekitaran yang sejuk, madu akan membeku, menjadikannya hampir mustahil untuk dikeluarkan dari botol. Namun berita baiknya adalah, madu yang disimpan dengan balang terbuka mampu bertahan selama 2 tahun (namun awas dengan semut ya)
Sudah pasti anda sukar untuk menjumpai avokado yang dijual setelah mereka masak dengan ranum kan, dan jika anda mahukan avokado anda masak dengan lebih cepat, jangan masukkanya di dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan atau menghentikan proses untuknya masak.
Kecuali minyak kacang, semua minyak masak yang lain tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Malah, apabila berada di suhu yang dingin, minyak menjadi 'gloomy' dan mula mengeras.
Ini makanan yang sering disimpan di dalam peti sejuk, mana tidaknya, enak dimakan diwaktu sejuk kan. Tapi, percaya atau tidak, ini adalah makanan yang dibungkus dengan begitu banyak natrium dan air garam, dan ianya sama sekali tidak memerlukan proses penyejukan!
Sama seperti jeruk, sos ini mengandungi banyak natrium yang bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi.
Satu lagi kejutan! Melainkan dapur anda terasa sangat panas, atau berhaba, tidak perlu untuk anda menyimpan tomato di dalam peti sejuk. Ini bukan sahaja menyebabkan tomato mengering, tetapi akan menjadi lembik juga.
Pernah melihat buah beri yang disimpan di dalam peti sejuk, mula untuk mereput, walaupun baru dibeli? Ini kerana suhu yang sejuk mempercepatkan proses beri untuk rosak, berbanding dengan suhu bilik. Jadi, biarkan sahaja buah beri anda diletakkan di dapur dengan suhu bilik.
Kami tahu! Ini bukan makanan, tetapi ia adalah barang yang boleh dilihat berada dalam peti sejuk. Walaupun sesetengah bahan kosmetik seperti topeng muka perlu berada di persekitaran yang sejuk, tetapi kebanyakan alat solek memerlukan suhu bilik untuk disimpan.
Selepas ini bolehlah mula membelek-belek kembali peti sejuk di rumah anda, tengok kalau-kalau ada di antara 13 barang ini terdapat dalam peti sejuk anda. Nanti, bolehlah sediakan tempat khas pula, untuk menyimpan bahan ini. Jom menyimpan dengan cara yang betul. - Siakap Keli